Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ps5 pro_letsgodigital

PlayStation 5 Pro Dijangka Akan Dilancarkan Pada April 2023

Diterbitkan Januari 23, 2023 ยท Dikemas kini Januari 24, 2023 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, sudah lebih 2 tahun sejak Sony melancarkan PS5 dan PS5 Digital Edition. Syarikat itu setakat ini telah membuat beberapa perubahan dalaman pada konsol untuk menjadikannya lebih cekap tenaga dan prestasi lebih baik.

Terbaharu, laporan menyebut terdapat sumber yang menyatakan gergasi teknologi Jepun itu merancang untuk melancarkan PS5 Pro pada separuh pertama 2023.

Berkaitan

  • 6 Kesilapan Yang Sering Pengguna PS5 Lakukan
  • 2023 Adalah Tahun Penting Buat Konsol PS5, Mungkin PS5 Pro Diperkenalkan
  • Kemas Kini PS5 Hadir Dengan Sokongan Untuk DualSense Edge

Konsol itu dijangka akan menawarkan prestasi yang lebih baik dengan spesifikasi yang dipertingkatkan, dengan kemungkinan penampilan cip baharu daripada AMD serta sedikit perubahan dalam reka bentuknya.

Selain itu, model Pro ini juga mungkin disertakan dengan sistem penyejukan cecair, yang biasanya terdapat pada PC permainan mewah. Sumber itu turut memberikan gambaran salah satu perubahan utama, iaitu sistem pengurusan habanya.

Memandangkan PS5 Pro akan ditawarkan dengan versi lebih maju berbanding konsol PS5 sedia ada, kosnya juga dijangka akan lebih tinggi.

Ketika ini, syarikat itu belum lagi membuat pengumuman rasmi berhubung pelancaran konsol PS5 Pro. Walaupun begitu, sumber itu percaya bahawa Sony dalam persiapan untuk pelancaran pada April 2023.

Sumber: 91mobiles

Gambar utama: LetsGoDigital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
©2026 WISER.MY