Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
konsol PS5

Sony Kongsi Rekaan PlayStation 5, Hadir Dengan Dua Versi

Diterbitkan Jun 12, 2020 · Dikemas kini Jun 12, 2020 oleh Amalina Athman

Setelah menjadi bualan hangat beberapa bulan lepas, Sony kini telah mendedahkan rekaan konsol permainan PlayStation 5. Perkara ini didedahkan melalui penstriman langsung yang diadakan lewat pagi tadi.

konsol PS5

Untuk pengetahuan anda, konsol permainan terbaharu dari Sony ini bakal ditawarkan dengan dua pilihan iaitu PlayStation 5 dan PlayStation 5 Digital Edition.

Bagi versi PlayStation 5, konsol ini mempunyai pemacu cakera Ultra HD Blu-ray. Versi PlayStation 5 Digital Edition pula hadir tanpa pemacu cakera.

Dari segi rekaan, model PS5 diletakkan secara menegak, seperti konsol permainan sebelumnya yang bermula dengan PS2. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada slot untuk peletakan menegak itu adalah sebahagian dari rekaan atau aksesori berasingan.

Pada bahagian hadapan konsol ini, terdapat port USB-A dan USB-C bersama dengan lampu LED biru.

konsol PS5

Dalam pada itu, Sony turut mendedahkan beberapa aksesori bagi konsol permainan terbaharu ini. Antaranya termasuk alat kawalan DualSense, yang mempunyai fungsi tindak balas haptik dan mikrofon terbina. Terdapat juga Charging Station bagi tujuan pengecasan kedua-dua alat kawalan ini secara serentak.

Screenshot (552)
HD Camera
Screenshot (553)
Pulse 3D Wireless Headset
Screenshot (554)
Media Remote

Selain itu, Sony turut memperlihatkan aksesori seperti HD Camera yang mungkin akan digunakan untuk pengesanan pergerakan, Pulse 3D Wireless Headset dan Media Remote untuk menggunakan konsol sebagai pemain Blu-ray dan kotak penstriman.

Pada masa ini, Sony masih belum mendedahkan harga yang bakal ditawarkan atau tarikh pelancaran.

Sumber: Playstation

Beli Playstation 4 dari:

Lazada (https://invol.co/clotu8)

Shopee (https://invol.co/clotu9).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY