Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
playstation 5 pro

Harga PS5 Naik RM200 Di Malaysia, Sony Kata Ini Sebabnya

Diterbitkan Ogos 26, 2022 oleh Amalina Athman

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengesahkan beberapa pasaran tertentu akan terkesan dengan kenaikan harga jualan PS5. Antara negara yang disenaraikan termasuk Eropah, Jepun, China, United Kingdom, Kanada, dan sebagainya.

Bagi negara di Asia Tenggara pula, Malaysia turut tersenarai bersama Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina sebagai negara yang terkesan dengan peningkatan harga PS5.

Berkaitan

  • Sony Akan Tingkatkan Pengeluaran PlayStation 5 Apabila Hal Ini Pulih
  • Sony PlayStation Mungkin Akan Lancarkan 'PC Launcher'
  • Sony Naikkan Harga PS5 Di Pasaran Tertentu, Berkuat Kuasa Serta-Merta

Dengan kenaikan sebanyak RM200 daripada harga sedia ada, Sony nyatakan alasan di sebalik peningkatan harga tersebut adalah berikutan kadar inflasi yang tinggi dan tukaran mata wang yang tidak begitu baik.

Walaupun harga dinaikkan, Sony maklumkan keutamaan mereka adalah untuk menambah baik bekalan PS5.

Berkuat kuasa serta merta, harga baharu PS5 dengan cakera Ultra HD Blu-ray adalah RM2,499. Sementara itu, PS5 Digital Edition kini dijual pada harga RM2,069.

Sumber: PlayStation

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY