Berdasarkan laman Sony Malaysia, Xperia 1 II diletakkan pada harga RM4,999 untuk pasaran tempatan.

Mengimbas kembali, Mark II didatangkan dengan skrin 4K HDR OLED bersaiz 6.5 inci serta nisbah skrin 21:9 yang menyokong teknologi Motion Blur Reduction.
Ia dikuasakan cip pemproses Snapdragon 865 dengan RAM 8GB dan 256GB storan. Mark II turut menyokong slot kad microSD untuk penambahan storan sehingga 1TB.
Bagi kamera, ia dimuatkan dengan tetapan tiga lensa 12MP dengan sensor 3D iToF. Setiap lensa tersebut mempunyai lapisan anti-pantulan ZEISS dan ZEISS T*. Mark II turut menawarkan ciri-ciri yang terdapat pada kamera mirrorless Alpha termasuk intelligent eye tracking, penjejakan mata haiwan dan ciri burst dengan autofokus 20fps.
Antara ciri lain pada Mark II adalah mempunyai penarafan IP65/68, kapasiti bateri 4000mAh serta menyokong pengecasan pantas yang mampu mengisi sehingga 50% bateri dalam tempoh 30 minit. Peranti ini hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Purple, White dan Black.
Pada masa ini, harga Xperia 1 II telah pun didedahkan. Namun, Sony masih belum memaklumkan tarikh jualan peranti ini untuk pasaran Malaysia.
Berkaitan
- realme Capai Jualan Kedua Tertinggi Di Lazada - Dapatkan realme Buds Air Dengan Harga RM199
- Katalog Apple Music Kini Mempunyai 100 Juta Lagu
- Apple Melancarkan Laman "iPhone 12 Studio" - Gabung dan Padankan Aksesori MagSafe
- Google I/O 2020 Akan Diadakan Pada 12 Mei
- Hanya Kurang Seminggu, Pembangun Bebas 'Mi Theme' Berjaya 'Tiru' Ciri Baharu iPhone 14 Pro
- MacBook Pro Berasaskan Cip M1 Kini Dilancarkan - Ketahanan Bateri Sehingga 20 Jam, Harga Bermula RM5599
- Kuo: Populariti iPhone 14 Pro Max Mungkin Dorong Apple Hasilkan Lebih Banyak Perbezaan Antara iPhone 15 Pro dan Pro Max
- iOS 12.5.6 Dilepaskan, Kemas Kini Isu Keselamatan Untuk Peranti Lama
- Mi Curved Gaming Monitor 34" Diperkenal Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM1999
- realme Umum Pengecasan 125W UltraDart, Pengisian 33% Bateri Dalam Tempoh 3 Minit