Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga PS 5

PlayStation 5 Muncul Di Laman Amazon Dengan Harga Dan Tarikh Pelancaran

Posted on Jun 17, 2020Jun 19, 2020

Kemaskini: Menurut @BenGeskin, imej yang dikongsikan beliau mengenai harga PlayStation 5 di Amazon sebelum ini tidak benar dan pihak Amazon telah mengesahkannya sebagai palsu.

Source of this “screenshot” is found, it’s @PlayEXP. Additionally, Amazon confirmed it’s fake ? https://t.co/Vokx3ntCoB

— Ben Geskin (@BenGeskin) June 18, 2020

 

Pada minggu lalu, Sony telah berkongsi rekaan konsol permainan PlayStation 5 (PS5). Melalui perkongsian tersebut, Sony juga telah mendedahkan PS5 akan hadir dengan dua versi iaitu PlayStation 5 dan PlayStation 5 Digital Edition.

Terbaru, Sony PS5 muncul di laman Amazon France dengan tarikh pelancaran 20 November 2020. Perkara ini didedahkan oleh Ben Geskin melalui ciapan di Twitter.

PlayStation 5 Price: 499€?

Digital Edition: 399€? Not bad 👌 pic.twitter.com/JMA3Mj39U5

— Ben Geskin (@BenGeskin) June 16, 2020

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsi, harga yang dipamerkan adalah €499 (~RM2400) untuk versi PlayStation 5 dengan pemacu cakera Ultra HD Blu-ray. Bagi versi PlayStation 5 Digital Edition, ia mungkin ditawarkan pada harga yang lebih rendah iaitu €399 (~RM1900).

Bagaimanapun, ia kekal sebagai khabar angin sehingga Sony mengumumkan maklumat rasmi mengenai harga dan tarikh pelancaran PlayStation 5.

Lazada (https://invol.co/clotu8)

Shopee (https://invol.co/clotu9).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress