Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Kata Isu Kekurangan Stok PS5 Berakhir, Kini Boleh Didapati Dengan Lebih Mudah

Sony Kata Isu Kekurangan Stok PS5 Berakhir, Kini Boleh Didapati Dengan Lebih Mudah

Diterbitkan Januari 5, 2023 · Dikemas kini Januari 5, 2023 oleh Amalina Athman

Pada acara CES 2023 yang berlangsung hari ini, Sony memaklumkan isu kekurangan stok PlayStation 5 (PS5) telah berakhir.

Berkaitan

  • PlayStation VR2 Sah Hadir Februari 2023, Berharga RM2799
  • 6 Kesilapan Yang Sering Pengguna PS5 Lakukan
  • Sony PlayStation Pertama Dilancar Hari Ini, 28 Tahun Lalu
  • 2023 Adalah Tahun Penting Buat Konsol PS5, Mungkin PS5 Pro Diperkenalkan

CEO Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan berkata PS5 kini sepatutnya sudah boleh didapati dengan lebih mudah di mana-mana peruncit di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Sony mengumumkan bahawa sudah lebih 30 juta unit konsol PS5 yang terjual secara global, setakat ini.

Semasa pembentangan di CES 2023, Ryan turut memberikan ucapan terima kasih kepada peminat PlayStation atas kesabaran mereka kerana syarikat itu “menguruskan permintaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di tengah-tengah cabaran global sejak dua tahun lalu.”

Mengimbas kembali, PlayStation 5 telah dilancarkan pada November 2020. Bagaimanapun, sejak ia mula berada di pasaran, pengguna sukar mendapatkan stok konsol permainan itu, sehingga ada yang terpaksa membeli PS5 melalui “scalper” dengan bayaran yang lebih mahal.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY