Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Store Malaysia_0

Google Store Kini Tersedia Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan Ogos 14, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 14, 2024 oleh Amalina Athman

Seiring pengenalan barisan Pixel 9, Google secara rasmi hari ini melancarkan kedai dalam talian Google Store untuk pasaran Malaysia.

Google Store Malaysia_1

Selain aksesori, Google Store Malaysia pada masa ini hanya menyenaraikan empat produk utama – terdiri daripada Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pro XL, Pixel Watch 3 serta Pixel Buds Pro 2.

Google Store Malaysia_4
Google Store Malaysia_6
Google Store Malaysia_5

Walaupun begitu, tiada maklumat harga yang disertakan pada kesemua produk tersebut. Laman sokongan Google juga tidak menyenaraikan Malaysia sebagai wilayah yang tersedia untuk pembelian siri Pixel 9 secara terus di Google Store, sekurang-kurangnya sehingga artikel ini ditulis.

Google Store Malaysia_2

Sebaliknya, Google Store menyenaraikan enam pengedar rasmi – CelcomDigi, Maxis, Senheng SenQ, Urban Republic, Shopee dan Lazada.

Google Store Malaysia_7

Dalam perkembangan lain, halaman Google Pixel Store di Shopee mula menunjukkan tanda-tanda bahawa produknya akan dibawa masuk dalam masa terdekat.

Berbalik kepada konteks, pengguna boleh mengakses Google Store Malaysia bagi mengetahui butiran peranti Pixel seperti spesifikasi teknikal dan sebagainya.

Berkaitan

  • Google Pixel Store Kini Muncul Di Shopee, Lazada
  • Pixel 9 Pro Dan Pro XL Dilancarkan - Cip Tensor G4, SOS Satelit, Gemini AI
  • Google Pixel 9 Rasmi, Tempahan Dibuka Bermula RM3,999
  • Pixel 9 Pro Fold Turut Diumumkan Dengan Rekaan Lebih Nipis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY