Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel 9 Pro Fold_2

Pixel 9 Pro Fold Turut Diumumkan Dengan Rekaan Lebih Nipis

Diterbitkan Ogos 14, 2024 · Dikemas kini Ogos 14, 2024 oleh Amalina Athman

Google hari ini turut mengumumkan Pixel 9 Pro Fold bersama-sama pelancaran Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL.

Seperti barisan Pixel 9 yang lain, telefon lipat ini juga dikuasakan cip pemproses Tensor G4 dengan pemproses keselamatan Titan M2, 16GB RAM serta pilihan storan 256GB atau 512GB.

Pixel 9 Pro Fold_8
Pixel 9 Pro Fold_9
Pixel 9 Pro Fold_0

Pixel 9 Pro Fold dilengkapi paparan utama berukuran 8-inci LTPO OLED dengan sokongan kadar segar semula 1-120Hz. Skrin luarnya pula bersaiz 6.3-inci OLED dengan nisbah 20:9 serta kadar segar semula 60-120Hz. Kedua-dua paparan menyokong maksimum kecerahan 2,700 nit – 80% lebih terang berbanding model sebelumnya. 

Pixel 9 Pro Fold_7

Peranti ini mempunyai berat 257g, dengan ketebalan masing-masing 5.1mm dan 10.5mm apabila dibuka dan ditutup lipat. Ia dimuatkan engsel dari jenis keluli berbilang aloi dengan penutup aloi aluminium berkekuatan tinggi gred aeroangkasa.

Pixel 9 Pro Fold_5

Untuk fotografi, Pixel 9 Pro Fold menampilkan sistem tiga kamera dengan 48MP utama, 10.5MP ultra lebar serta 10.8MP telefoto dengan 5x zum optikal dan sehingga 20x zum digital. Kamera swafoto pula masing-masing menawarkan 10MP untuk skrin luar dan dalam.

Selain ciri sedia ada seperti Dual Screen Preview, Tabletop Mode dan Rear Camera Selfie, Google turut membawakan ciri kamera baharu – Made You Look. Ciri ini memaparkan animasi pada skrin luar untuk menarik perhatian anak kecil semasa merakam gambar.

Pixel 9 Pro Fold_4

Pixel 9 Pro Fold dibekalkan bateri 4,650mAh degan sokongan pengecasan 45W, yang dijual berasingan.

Spesifikasi dan ciri lain daripada siri Pixel 9 yang tersedia pada telefon lipat ini termasuk sokongan Gemini AI, SOS Satelit, Google VPN tanpa kos tambahan, Android 14 serta kemas kini sistem operasi, keselamatan dan Pixel Drop selama 7 tahun.

Pixel 9 Pro Fold_1

Lain-lain termasuk sokongan untuk rangkaian 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3, dan NFC. Ia juga mempunyai penarafan IPX8 untuk kalis air sehingga 1.5 meter selama 30 minit tenggelam.

Harga & Ketersediaan

Pixel 9 Pro Fold_3

Dua pilihan warna tersedia iaitu Porcelain dan Obsidian. Prapesan Pixel 9 Pro Fold sudah pun dibuka untuk pasaran Amerika Syarikat, dengan ketersediaan pada 4 September 2024. Berikut merupakan harga yang ditawarkan:

  • 16GB + 256GB – $1,799 (~RM8,006)
  • 16GB + 512GB – $1,919 (~RM8,540)

Berkaitan

  • Pixel 9 Pro Dan Pro XL Dilancarkan - Cip Tensor G4, SOS Satelit, Gemini AI
  • Google Pixel 9 Rasmi, Tempahan Dibuka Bermula RM3,999
  • Google Pixel Watch 3 Kini Hadir Dalam 2 Saiz, Tersedia Bermula September 2024
  • Pixel Buds Pro 2 Diumumkan, Fon Telinga Pertama Dengan Gemini

Sumber: The Keyword

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY