Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
[Pixel 10 Pro Fold – Lifestyle] Moonstone 1

Pixel 10 Pro Fold Sah Masuk Malaysia, Harga Dari RM7,999

Diterbitkan Ogos 21, 2025 oleh ariff bukhari

Google turut melancarkan model telefon pintar lipat terbaru mereka, Pixel 10 Pro Fold telefon lipat dengan gabungan teknologi AI, berprestasi dan reka bentuk premium.

Peranti ini hadir dengan paparan dalaman 8 inci Super Actua Flex serta skrin luar 6.4 inci, sesuai untukĀ  untuk hiburan mahupun pelbagai tugas serentak.

[Pixel 10 Pro Fold – Lifestyle] Moonstone 3

Dikuasakan cip Google Tensor G5 dengan AI Gemini dan RAM 16 GB, Pixel 10 Pro Fold menawarkan prestasi yang disokong bateri tahan 24 jam serta pengecasan sepantas 50% dalam masa 30 minit.

Sistem kameranya menampilkan kamera utama 48 MP, telefoto 5x dengan zoom 20x, dan kamera ultra lebar dengan Macro Focus, bersama ciri unik seperti Dual Screen Preview dan Rear Camera Selfie.

[Pixel 10 Pro Fold] Jade 2
Pixel 10 Pro Fold tersedia dalam warna Jade dan Moonstone.

Dari segi ketahanan pula, ia menggunakan engsel gred angkasa tanpa gear, perlindungan Corning Gorilla Glass Victus 2, serta menerima pensijilan IP68 untuk kalis air dan habuk.

Pixel 10 Pro Fold

Google telah mengesahkan bahawa Pixel 10 Pro Fold akan tersedia di pasaran Malaysia dengan pra tempah mula dibuka pada 21 Ogos 2025.

Manakala menerusi penyedia perkhidmatan CelcomDigi, Maxis, U-Mobile serta penjual sah termasuklah Urban Republic, Sen Heng dan Thunder Match Technology (TMT) serta platform Shopee, ia hanya akan tersedia bermula 9 Oktober nanti.

Harga jualan telefon lipat Pixel 10 Pro Fold ini adalah bermula RM7,999.

Beli barisan produk Google dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmwvg2

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 Kini Rasmi, Harga RM1599
  • HONOR MagicPad3, Tablet Prestasi Laptop Berharga RM2,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY