Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PixelWatch4 Malaysia

Pixel Watch 4 Dilancarkan – SOS Satelit, Bateri Boleh Ganti, Harga Bermula RM1749

Diterbitkan Ogos 21, 2025 oleh Amalina Athman

Google dalam acara hari ini turut mengumumkan jam pintar terbaharu mereka, Pixel Watch 4.

Hadir dalam dua saiz iaitu 41mm dan 45mm, Pixel Watch 4 menampilkan paparan Actua 360 dengan bezel 16% lebih nipis serta kecerahan maksimum 3,000 nit.

Pixel Watch 4 Dilancarkan – SOS Satelit, Bateri Boleh Ganti, Harga Bermula RM1749

Jam ini menggunakan 3D Corning Gorilla Glass 5 dan binaan aluminium, serta kalis air 5ATM dan IP68. Untuk pertama kali, Google menawarkan servis pembaikan atau penggantian bateri serta paparan.

Pixel Watch 4 Dilancarkan – SOS Satelit, Bateri Boleh Ganti, Harga Bermula RM1749

Dengan janaan cip Snapdragon W5 Gen 2 bersama pemproses tambahan Cortex-M55, ia menawarkan prestasi 25% lebih pantas dengan penggunaan separuh kuasa.

Versi LTE pula menjadi jam pintar pertama yang menyokong komunikasi kecemasan satelit secara kendiri, membolehkan bantuan dihantar ke lokasi walaupun tiada liputan rangkaian.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/08/21010941/PixelWatchMBG.mp4

Bateri jam ini turut dipertingkatkan. Model 41mm boleh bertahan sehingga 30 jam dengan kapasiti 325mAh, manakala model 45mm sehingga 40 jam dengan 455mAh. Dalam mod penjimatan bateri, ia boleh bertahan sehingga dua hari untuk model kecil dan tiga hari untuk model besar.

Dari segi kesihatan dan kecergasan, Pixel Watch 4 menawarkan penjejakan tidur, suhu kulit dan laluan GPS dwi-frekuensi lebih tepat. Ia menyokong lebih 50 mod senaman termasuk pickleball, memaparkan data basikal secara langsung, dan menggunakan AI untuk mengesan serta merekod aktiviti secara automatik walaupun terlupa memulakan latihan.

Pixel Watch 4 Dilancarkan – SOS Satelit, Bateri Boleh Ganti, Harga Bermula RM1749

Fungsi ini melengkapkan ciri sedia ada seperti pengurusan tekanan, pemantauan cardio, penilaian ECG, paparan metrik kesihatan, Morning Brief dan banyak lagi.

Pixel Watch 4 juga memperkenalkan jurulatih kesihatan peribadi berasaskan AI melalui Gemini. Pratonton jurulatih ini akan dilancarkan pada Oktober untuk pengguna Fitbit atau Pixel Watch melalui aplikasi Fitbit baharu, bermula di Amerika Syarikat.

Selain itu, komunikasi menjadi lebih mudah dengan AI terbina, termasuk Smart Replies dan akses Gemini hanya dengan mengangkat pergelangan tangan melalui fungsi Raise to Talk.

Ketersediaan

Active Obsidian Black FLTQ MASTER SIMP
Obsidian
Active Porcelain Silver FRTQ r1 MASTER SIMP
Porcelain

Pixel Watch 4 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Obsidian dan Porcelain. Jam ini akan mula dijual pada November, dengan harga bermula RM1,749 untuk model 41mm dan RM1,999 untuk model 45mm.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Siri Pixel 10 Rasmi: Kamera 48MP Dengan Ciri Pixelsnap, Harga Dari RM3,999
  • Pixel 10 Pro Fold Sah Masuk Malaysia, Harga Dari RM7,999
  • Google Pixel Buds Terbaru Kini Dengan Ciri ANC, Harga RM649

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY