Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perodua Tak Dedah Banyak Spesifikasi eMO-II, Tapi Akan Cuba Tawar Harga Sekitar RM90 Ribu

Perodua Tak Dedah Banyak Spesifikasi eMO-II, Tapi Akan Cuba Tawar Harga Sekitar RM90 Ribu

Diterbitkan Disember 5, 2024 · Dikemas kini Disember 5, 2024 oleh ariff bukhari

Sebelum ini di acara Malaysia Auto Show 2024 pada Mei lalu, Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah pun memperlihatkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, eMO-I yang berplatformkan model kereta sedia ada mereka, iaitu Myvi.

Tapi di acara Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024), Perodua sekali lagi hadir tapi dengan eMO-II (disebut sebagai M-O-2) pula.

myvi ev emo-I
Prototaip EV Perodua eMO-I berplatformkan model Myvi semasa.
Perodua Tak Dedah Banyak Spesifikasi eMO-II, Tapi Akan Cuba Tawar Harga Sekitar RM90 Ribu
Prototaip EV Perodua eMO-II yang dipertontonkan di pameran MAS 2024.

eMO-II adalah evolusi prototaip kenderaan bateri elektrik (BEV) dari eMO-I di mana untuk eMO-II ini, telah ditambah baik daripada model prototaip terdahulu dari segi penggayaan dan ciri-cirinya.

Prototaip terbaharu ini mempunyai penggayaan yang lebih kemas yang mana ia menggabungkan ciri estetik abad ke-21 dengan keunikan Malaysia di mana reka bentuknya diinspirasikan daripada elemen songket yang digabungkan dengan lampu LED bagi melengkapi keseluruhan rekaannya.

“Ingin saya ingatkan bahawa ini adalah model prototaip dan ada lebih banyak ciri-ciri dan penambahbaikan yang akan dimasukkan pada produk akhir kami yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi,” kata Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.

Pada acara pelancarannya yang telah berlangsung semalam di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, Perodua tidak mendedahkan secara terperinci spesifikasi eMO-II itu.

Perodua Tak Dedah Banyak Spesifikasi eMO-II, Tapi Akan Cuba Tawar Harga Sekitar RM90 Ribu
Perodua Tak Dedah Banyak Spesifikasi eMO-II, Tapi Akan Cuba Tawar Harga Sekitar RM90 Ribu

Tapi dalam sesi soal jawab bersama media semalam, Dato’ Sri Zainal ada mendedahkan serba sedikit tentang eMO-II seperti julat perjalanan adalah sekitar 410 km, pengecasan bateri mengambil masa sekitar 30 minit (dari 30% hingga 80% kapasiti bateri) serta pek bateri sekitar 50kWh-60kWh yang dibekal oleh CATL.

Selain itu, Perodua juga turut bekerjasama dengan beberapa syarikat kejuruteraan luar seperti Bufori iaitu pengeluar kenderaan mewah buatan tangan eksklusif yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia untuk pembangunan badan EV prototaip ini.

Perodua juga bekerjasama dengan Gentari untuk penyediaan rangkaian stesen pengecasan EV.

myvi ev emo

Apabila ditanya lebih lanjut tentang eMO-II ini, pihak Perodua menyatakan bahawa mereka akan mendedahkan lebih banyak spesifikasi EV ini pada model akan datang iaitu eMO-III yang juga dirahsiakan tarikh pengumumannya

“Walaupun proses pembelajaran yang dilalui agak singkat, kami dapat menguasai pembuatan EV dengan lebih baik hasil kerjasama beberapa perunding yang dilantik. Suka untuk saya katakan di sini bahawa kami telah berjaya memenuhi garis masa yang ditetapkan, seterusnya boleh meneruskan penceritaan mengenai EV kami di sini, hari ini.” Dato’ Sri Zainal

Apa yang dapat disimpulkan menerusi eMO-II ini adalah, syarikat Perodua tidak ketinggalan dalam penyelidikan dan pembangunan EV sebagai kenderaan masa depan.

Malah Perodua dalam pembentangan eMO-II menyatakan untuk menjadi pengeluar EV termurah di Malaysia di mana mereka memaklumkan akan cuba menawarkan EV mereka nanti pada harga sekitar RM90 ribu.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa pembangunan EV Perodua turut mendapat sokongan kerajaan menerusi i Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang akan diawar pada harga kurang dari RM100 ribu.

Perodua Tak Dedah Banyak Spesifikasi eMO-II, Tapi Akan Cuba Tawar Harga Sekitar RM90 Ribu

Selain itu, 3 universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia telah  turut sama terlibat dalam pembangunan prototaip eMO-I.

Anda boleh saksikan sendiri prototaip EV Perodua eMO-II di pameran KLIMS 2024 dan pelbagai lagi jenama lain yang turut memperkenalkan barisan produk baharu mereka yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur dari 5 hingga 11 Disember 2024.

Berkaitan

  • Projek Prototaip Perodua MyVi EV Ini Adalah Hasil Buah Tangan Pasukan Penyelidik UPM
  • Tempahan Proton e.MAS 7 Dibuka, Dilengkapi Bateri Bilah Geely Yang Mampu Bertahan Sehingga 50 Tahun
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Nissan KICKS e-POWER Dilancarkan, SUV Kompak Dengan Julat 900KM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
©2026 WISER.MY