Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nissan KICKS e-POWER

Nissan KICKS e-POWER Dilancarkan, SUV Kompak Dengan Julat 900KM

Diterbitkan Disember 5, 2024 · Dikemas kini Disember 5, 2024 oleh ariff bukhari

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) secara rasminya melancarkan Nissan KICKS e-POWER, sebuah SUV kompak elektrik di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS) yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Nissan KICKS e-POWER dengan sistem e-POWER generasi kedua, menawarkan pemanduan elektrik sepenuhnya yang cekap.

Dilengkapi dengan motor elektrik bagi menggerakkan kenderaan, manakala enjin 1.2-liternya hanya berfungsi sebagai penjana untuk mengecas bateri, memberikan tork segera, pecutan senyap, dan kawalan lancar tanpa memerlukan pengecasan luaran.

Nissan KICKS e-POWER
Motor elektrik yang dipasang di bahagian hadapan menghasilkan kuasa 95kW (129 PS) dan tork 280 Nm, digerakkan oleh pek bateri Lithium-ion 2.06 kWh yang dipasang di bawah tempat duduk hadapan.

Nissan KICKS e-POWER menawarkan kecekapan bahan api yang mengagumkan iaitu 21.7 km/l, dengan anggaran jarak sehingga 900 kilometer bagi satu tangki penuh.

Selain itu, sistem e-POWER mengurangkan pelepasan gas ekzos sebanyak 20% berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) serupa bagi menyokong pemanduan yang lebih mapan.

Nissan KICKS e-POWER baharu akan mula dijual di Malaysia bermula Januari 2025 dalam dua varian: VL dan VLT.

Harga rasmi adalah seperti berikut (Harga atas jalan tanpa insurans):

  • Nissan KICKS e-POWER VL: RM113,800
  • Nissan KICKS e-POWER VLT: RM121,800
  • Nissan KICKS e-POWER VLT dua-tona: RM125,800

Nissan KICKS e-POWER

Nissan KICKS e-POWER adalah model e-POWER pertama yang diperkenalkan di negara ini yang merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang Nissan di mana mereka merancang untuk memperkenalkan tiga hingga lima model kenderaan baharu di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Anda boleh kunjungi pameran KLIMS 2024 bagi melihat sendiri Nissan KICKS e-POWER dan pelbagai lagi jenama lain yang turut memperkenalkan barisan produk baharu mereka yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur dari 5 hingga 11 Disember 2024.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Audi Lancarkan Jenama AUDI Di China, Perkenal EV Yang Boleh Dicas 10 Minit Beri Julat 370 Km
  • iQOO 13 Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM3,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY