Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
e.mas 7

Tempahan Proton e.MAS 7 Dibuka, Dilengkapi Bateri Bilah Geely Yang Mampu Bertahan Sehingga 50 Tahun

Diterbitkan Oktober 26, 2024 oleh ariff bukhari

Tempahan ke atas kereta elektrik terbaru Proton, e.MAS akhirnya dibuka bermula hari ini di mana pembeli terawal yang menempahnya akan dapat nikmati tawaran Keistimewaan Perintis eksklusif dengan potongan RM500 dan Pek Hadiah Perintis bernilai RM1,000.

Walaupun tidak mengumumkan secara rasmi harga jualan EV ini, tetapi dianggarkan e.MAS akan ditawar pada harga bermula sekitar RM120,000 nanti.

Proton juga mula mendedahkan serba sedikit spesifikasi e.MAS seperti saiz dan sistem pacuan elektriknya.

Tetapi apa yang lebih menarik lagi adalah, e.MAS 7 sah menggunakan bateri bilah yang dibangunkan oleh Geely Auto Group.

bateri e.mas 7

Sebelum ini telah dilaporkan tentang bateri bilah ini di mana Geely mendakwa, hasil daripada ujian mereka, hayat kitaran bateri EV yang dikenali sebagai Teknologi Bateri EV Short Blade ini mampu mencapai sehingga 3,500 kitaran, atau bersamaan dengan pengecasan dan pemanduan sejauh 1 juta kilometer dengan impak minimum pada julat bateri.

Malah Geely menyatakan bahawa mereka menguji Teknologi Bateri EV Short Blade mereka lebih tinggi daripada standard industri.

Anda boleh melihat sendiri dengan lebih dekat Proton e.MAS 7 di pameran Auto Car Expo (ACE) 2024 di Dewan 1 & 2, Setia City Convention Centre dari 26 hingga 27 Oktober 2024.

Berkaitan

  • Geely Cipta Bateri EV Baharu, Mampu Bertahan Sehingga 1 Juta Km
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Perodua EV Harga Mampu Milik Bakal Tiba Menjelang Akhir 2025

Sumber: Proton

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY