Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Projek Prototaip Perodua MyVi EV Ini Adalah Hasil Buah Tangan Pasukan Penyelidik UPM

Posted on Ogos 19, 2024Ogos 19, 2024

Masih ingat dengan prototaip kereta elektrik (EV) berasaskan model Perodua Myvi yang dipertontonkan di Malaysia Autoshow 2024 lalu?

Tahukah anda bahawa projek pembangunan yang dikenali sebagai Perodua MyVi Electric Car Prototype itu adalah buah tangan anak tempatan dari pasukan Penyelidik Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Individu yang bertanggungjawab dalam mengetuai pasukan itu, Prof. Dr. Ishak Aris berkata, kejayaan itu memberi peluang kepada industri automotif tempatan untuk bersaing secara sihat dengan industri luar negara serta menjimatkan kos penghasilan kereta EV.

Prof. Dr. Ishak Aris bergambar bersama prototaip EV yang dibangunkan pasukannya yang telah dipamerkan bersama Perodua di Malaysia Autoshow 2024 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang pada 22 Mei hingga 26 Mei 2024 lalu.

Projek tersebut yang ditaja oleh Perodua telah bermula pada Ogos 2022 dan tamat pada Februari 2024 telah diketuai oleh beliau bersama penyelidik bersama iaitu Dr. Saber Mohammed Elnour Fadul, Dr. Siti Munirah Mohamad Yusof, Prof. Madya Dr. Ratna Kalos Zakiah Sahbudin, Siti Sarah Emran dan Ahmad Fairuz Muhammad Amin.

“Kami telah berjaya membangunkan pek bateri berfungsi termasuk mereka bentuk dan membangunkan modul, selongsong bateri dan pemasangan untuk memberikan kuasa dan tenaga yang betul untuk motor elektrik bagi penggunaan model kereta MyVi,” Prof. Dr. Ishak Aris.

Seramai 9 jurutera muda telah dilatih mereka bentuk, memfabrikasi, menguji dan mengintegrasi komponen komponen penting di dalam kereta elektrik.

Selain itu, projek tersebut turut berganding bersama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang menyediakan test bench, e-motor dan drive shaft (aci pacu) manakala Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pula membangunkan sistem penyejukan untuk subsistem dalam kereta, mengubah suai badan kenderaan dan merangsang sistem penyejukan.

Sumber: UPM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress