Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV Perodua

Perodua Akan Lancar EV Pertama Hujung Bulan Ini – PM Anwar

Diterbitkan November 11, 2025 · Dikemas kini November 11, 2025 oleh Amalina Athman

Perodua akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya yang mampu milik dan menepati kehendak nasional pada hujung bulan ini, kata Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Bernama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelancaran EV Perodua buatan sepenuhnya Malaysia itu akan dijadikan sebagai Agenda Nasional.

“EV yang akan dilancarkan itu bersifat mampu milik, memenuhi kehendak nasional serta boleh menjana ekonomi (negara),” katanya ketika program lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja Perodua.

Perdana Menteri berkata pelancaran kereta itu juga mencerminkan kekuatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kepakaran tenaga kerja tempatan.

Terdahulu, Presiden dan CEO Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad menerusi ucapannya berkata sepanjang tempoh 32 tahun operasi, Perodua telah menghasilkan 5.5 juta unit kenderaan.

Pada Mei tahun ini, Perodua dilaporkan berkata pada peringkat awal, 30% pemasangan EV pertama itu akan dilakukan di kilang baharunya di Rawang dan berharga di bawah RM80,000.

Menurut syarikat itu, dengan jangkaan pengeluaran bulanan sebanyak 500 unit, EV tersebut disasarkan kepada pembeli muda dan keluarga kecil bagi membolehkan mereka memiliki kenderaan elektrik mampu milik.

Berkaitan

  • EV Perodua Turun Harga, Kini Di Bawah RM80,000
  • Perodua Ada Aplikasi Baru, Gabung EV, E-Wallet & Hiburan
  • Perodua Perkenal Jam Pintar P-Go - Pemantau Kesihatan, Kunci Kereta Digital, Harga RM950
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Proton e.MAS 5 Dan Masa Depan EV Mampu Milik Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY