Hari ini bermulanya pameran automotif, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang bertempat di Maeps, Serdang.
Perodua adalah antara jenama automotif negara yang turut sama mempamerkan produk mereka dan yang akan menjadi perhatian utama pengunjung sudah tentunya kenderaan elektrik (EV) pertama mereka.
Berbeza daripada tahun lepas, EV Perodua kali ini ditampilkan dalam fasa akhir reka bentuknya sebelum memasuki produksi penuh.
Walaupun dalam keratan separuh yang turut menampilkan rekaan ruang dalaman EV itu, ia sudah cukup memberikan gambaran awal kepada pengunjung rupa sebenar EV perodua itu apabila dilancarkan nanti.

Selain rupa akhir, Perodua turut memaklumkan cadangan harga jualan baharu bagi EV mereka.
Jika tahun lalu mereka umumkan akan cuba menawarkannya pada harga di bawah RM100,000, tapi kini Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad memaklumkan, mereka akan menawarkannya pada harga di bawah RM80,000.
Situasi ini mungkin berpunca daripada kemasukan lebih banyak model EV dari pesaing lain. Sebagai contoh, model EV terbaru dari Proton iaitu eMAS 5 yang dikhabar turut akan dilancar pada tahun ini.

Jadi, kepada peminat EV yang ternanti-nantikan model EV mampu milik ini, ia dijangka akan dilancar pada suku ke-4 tahun ini.
Anda boleh dapatkan info lebih lanjut lagi tentang EV Perodua dan Proton ini dengan kunjungi MAS 2025 dari 9 hingga 15 Mei 2025 di Maeps, Serdang.
{suggest}