Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Proton e.MAS 5 Dan Masa Depan EV Mampu Milik Di Malaysia

Posted on Oktober 31, 2025Oktober 31, 2025

Semalam, Proton secara rasminya mengumumkan harga e.MAS 5 di mana bermula RM56,800 (dengan rebat RM3000). Oleh itu, ramai yang mula tertarik sebab model ni dikatakan jadi EV pertama tempatan yang benar-benar mampu milik.

Tapi lebih dari sekadar kereta elektrik baharu, e.MAS 5 mungkin jadi petanda baharu dalam landskap automotif tempatan. Sebelum ini, saya juga pernah mengulas tentang EV mampu milik di Malaysia, anda boleh baca di SINI.

Pengalaman Peralihan Ke EV

Saya sendiri pengguna e.MAS 7, dan sebelum ni saya pakai Myvi 1.5L AV — kereta rakyat sejati. Bila beralih ke EV, pengalaman tu memang lain.

Pemanduan jauh lebih senyap dan lancar, dan jujurnya rasa “syok” bila drive. Lebih-lebih lagi pengalaman serta sedapnya instant torque.

Saya bukan pakar automotif, jadi bab teknikal saya serahkan pada yang arif seperti Paultan, PanduLaju, Mekanika atau Careta. Tapi dari perspektif pengguna biasa, saya boleh cakap yang dari Myvi ke e.MAS 7, memang terasa upgrade ketara.

Masa mula-mula memang ada range anxiety, tapi bila dah biasa, tak risau pun. Disebabkan tempat kerja di Cyberjaya, pengecas awam memang banyak, tapi saya jarang dan tak guna pun sebab cas di rumah jauh lebih jimat.

Kalau dulu isi minyak Myvi sebulan saya hadkan RM100, sekarang caj EV sekitar RM50 je (guna tarif ToU luar waktu puncak). Maintenance pula cuma setahun sekali, jadi kos jangka panjang memang rendah.

Bab cukai jalan, e.MAS 7 adalah RM180 setahun yang mana ia dua kali ganda daripada kereta saya sebelum ini. Insuran pula, dua kali ganda juga tetapi masih lagi di paras bawah RM3000 disebabkan saya masih mempunyai NCD maksimum 55%.

Ya, bahagian ini sahaja yang “naik taraf” kos pemilikan saya berbanding sebelum ini. Dari segi servis, lebih kurang sahaja dan masih mampu milik.

Patut ke Beralih ke EV Sekarang?

Soalan ni tak ada satu jawapan mutlak. EV ni sesuai kalau gaya hidup kau kena. Duduk rumah landed memang senang sebab boleh pasang charger sendiri.

Tapi kalau duduk kondo pun boleh. Ada beberapa pengguna EV yang duduk di kondo sudah berkongsi pengalaman mereka. Ada yang guna servis langganan Gentari atau Charge+, atau push management untuk benarkan pemasangan pengecas bersama komuniti EV lain.

Perkara tersebut yang jadi cabaran pemilikan EV di Malaysia. Selagi mana pihak pengurusan bangunan masih berfikiran kuno, agak sukar bagi pengguna. Perkara ini sudah saya ulas dalam artikel terdahulu.

EV khas untuk bandar, yang rakyat di bandar pula ramai duduk kondominium tetapi pihak pengurusan pula kebanyakan tidak mahu benarkan pengguna memasang pengecas sendiri. Kerajaan dan pihak lain perlu serius dalam hal ini.

Apa-apa pun, yang buat EV menarik bagi saya, adalah rasa macam bawa kereta premium tapi dengan harga mampu milik. Macam e.MAS 7 saya, kebanyakan ciri moden dari paparan besar, kemasan dalaman sampai fungsi keselamatan pintar yang biasanya cuma ada pada kereta harga ratusan ribu. Itu yang buat saya rasa EV khususnya jenama dari China ni satu “evolusi” menarik dalam dunia automotif.

Ia tidaklah sempurna tetapi okaylah dengan harganya.

Ini saya bukan palatau kerana saya juga memandu Toyota Camry 2024 dan Mazda CX5 2024.

Harapan untuk Proton e.MAS 5 dan Ekosistem EV Tempatan

Proton e.MAS 5 mungkin bukan EV paling berkuasa di pasaran, tapi ia simbol permulaan gelombang EV nasional. Bila Proton mula, Perodua pun akan menyusul tidak lama lagi. Bila dua jenama besar tempatan terlibat, harga EV boleh jadi makin kompetitif dan infrastruktur pengecasan juga akan berkembang lebih cepat.

Sekarang pun saya dah nampak perubahan — lebih banyak stesen pengecas, pelbagai CPO aktif (Gentari, JomCharge, TNB Electron) dan kesedaran pengguna makin tinggi. EV bukan lagi benda pelik di jalan raya Malaysia.

Kesimpulan

EV masih lagi mempunyai ramai ‘haters’ dan kebanyakannya hanya melihat serta buat kesimpulan sendiri. Tidak memiliki dan mungkin tidak pernah pandu uji pun.

Saya bukanlah penyokong tegar atau “walaEV” tetapi saya mahu membuka mata anda sahaja. Saya tidak memaksa anda untuk beralih ke EV.

Duit anda, hak anda. Namun, mungkin perkongsian saya secara tidak langsung membantu anda untuk membuat keputusan.

“Okay juga kalau aku tukar EV”, “Boleh ni beli satu untuk bini, buat main bandar”. e.MAS 5 pun agak sesuai untuk orang yang mahu berjinak-jinak dalam dunia EV. Model ini di China pun sangat laris.

EV memang akan buat gaya hidup anda berubah serta merta.

Ia mungkin tak sesuai untuk semua, tapi bagi yang banyak bergerak di bandar dan ingin rasa pemanduan EV pada harga mampu milik, Proton e.MAS 5 mungkin langkah pertama yang sangat berbaloi sekarang.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress