Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perodua P-Go_1

Perodua Perkenal Jam Pintar P-Go – Pemantau Kesihatan, Kunci Kereta Digital, Harga RM950

Diterbitkan Oktober 14, 2025 oleh Amalina Athman

Selain melancarkan aplikasi P-Circle, Perodua turut memperkenalkan jam pintar baharu dikenali sebagai P-Go. 

Dari segi spesifikasi, P-Go menampilkan skrin AMOLED 1.43-inci beresolusi 466×466 dan mempunyai ketahanan air sehingga 3ATM. Ia menggunakan binaan aloi zink serta mempunyai perlindungan skrin Corning Gorilla Glass 3.

Perodua Perkenal Jam Pintar P-Go – Pemantau Kesihatan, Kunci Kereta Digital, Harga RM950
Foto: paultan.org

Menurut laporan paultan.org, bateri berkapasiti 320mAh mampu bertahan sehingga 10 hari, atau sekitar empat ke lima hari sekiranya pengesan aktiviti seperti sistem pemantauan kesihatan P-Health diaktifkan.

Perodua Perkenal Jam Pintar P-Go – Pemantau Kesihatan, Kunci Kereta Digital, Harga RM950
Foto: paultan.org
Perodua Perkenal Jam Pintar P-Go – Pemantau Kesihatan, Kunci Kereta Digital, Harga RM950
Foto: paultan.org
Perodua Perkenal Jam Pintar P-Go – Pemantau Kesihatan, Kunci Kereta Digital, Harga RM950
Foto: paultan.org

Seperti jam pintar lain di pasaran, P-Go dilengkapi dengan pelbagai ciri asas seperti pemantau aktiviti, pengira langkah, kadar denyutan jantung, pemantau oksigen dalam darah, penjejak tidur dan juga tekanan darah.

Apabila disambungkan dengan aplikasi P-Circle, semua data ini boleh diakses terus melalui telefon pengguna.

Menariknya, P-Go turut boleh digunakan sebagai kunci kereta Perodua, dengan sokongan untuk model Axia, Alza, Ativa dan Myvi, selain model baharu yang bakal diperkenalkan kelak. Untuk mengaktifkan fungsi ini, pengguna perlu ke pusat servis Perodua terlebih dahulu bagi menetapkan isyarat RF pada jam tersebut.

Perodua P-Go dijual pada harga RM950 dan boleh didapati di semua pengedar sah Perodua seluruh negara.

Berkaitan

  • EV Pertama Perodua Fokus Keselamatan, Bukan Sekadar Harga
  • Cip Pintar Trensor Diguna Dalam Kereta Ford & Perodua — Kini Buatan Malaysia
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Perodua Ada Aplikasi Baru, Gabung EV, E-Wallet & Hiburan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY