Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permintaan AI Melonjak, Nvidia Dijangka Pintas Apple Jadi Pelanggan Utama TSMC

Permintaan AI Melonjak, Nvidia Dijangka Pintas Apple Jadi Pelanggan Utama TSMC

Diterbitkan Januari 29, 2026 · Dikemas kini Januari 29, 2026 oleh Amalina Athman

Nvidia dijangka memintas Apple dan menjadi pelanggan terbesar Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) pada tahun ini.

Menurut laporan CNBC, jangkaan penganalisis menunjukkan Nvidia berpotensi menjana sekitar $33 bilion (~RM129.7 bilion) untuk TSMC pada 2026, bersamaan kira-kira 22% daripada jumlah pendapatan syarikat itu. Sebagai perbandingan, Apple dianggarkan bakal menyumbang sekitar $27 bilion atau sekitar 18%.

Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia Jensen Huang dalam satu podsiar baru-baru ini turut mengesahkan peralihan itu telah pun berlaku.

“Morris (pengasas TSMC) pasti gembira apabila mengetahui Nvidia kini merupakan pelanggan terbesar TSMC,” kata Huang, sambil menambah beliau secara peribadi sangat gembira dengan pencapaian penting ini.

Sebelum ini, Apple dianggap sebagai pelanggan utama TSMC selama lebih sedekad. Syarikat itu bergantung kepada TSMC bagi menghasilkan pemproses siri-A yang direka khas untuk iPhone dan iPad, serta cip siri-M untuk Mac dan iPad.

Hubungan tersebut secara tradisinya memberikan Apple akses awal kepada teknologi pembuatan paling canggih TSMC dan membolehkan TSMC menampung pelaburan modal yang sangat besar bagi membangunkan setiap generasi baharu nod proses semikonduktor.

Peralihan ini menandakan perubahan besar dalam industri semikonduktor.

Ia mencerminkan kepentingan Nvidia yang semakin meningkat seiring pembinaan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) global, di mana unit pemprosesan grafiknya digunakan secara meluas sebagai pemecut (accelerator) di pusat data yang dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan awan utama.

Berkaitan

  • Nvidia Kini Syarikat Pertama Di Dunia Capai Nilai Pasaran $5 Trilion
  • Nvidia Umum DLSS 4.5 - Dynamic Multi Frame Gen, Kualiti Imej Dipertingkat
  • Nvidia Lancar Platform Rubin Dengan Enam Cip Baharu
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY