Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nvidia Umum DLSS 4.5 – Dynamic Multi Frame Gen, Kualiti Imej Dipertingkat

Nvidia Umum DLSS 4.5 – Dynamic Multi Frame Gen, Kualiti Imej Dipertingkat

Diterbitkan Januari 6, 2026 ยท Dikemas kini Januari 6, 2026 oleh Amalina Athman

Nvidia hari ini mengumumkan DLSS 4.5, yang hadir dengan teknologi Dynamic Multi Frame Generation, mod baharu 6x Multi Frame Generation serta penggunaan model transformer generasi kedua untuk DLSS Super Resolution.

Nvidia Umum DLSS 4.5 – Dynamic Multi Frame Gen, Kualiti Imej Dipertingkat

Menerusi DLSS 4.5, sistem ini mampu menjana sehingga lima bingkai tambahan bagi setiap satu bingkai yang diproses secara tradisional. Pendekatan ini membolehkan peningkatan prestasi secara dinamik dan sokongan permainan melebihi 240 fps dengan path tracing apabila menggunakan GPU GeForce RTX 50 Series.

Nvidia memaklumkan sokongan untuk Dynamic Multi Frame Generation dan 6x Multi Frame Generation dijangka akan tersedia bermula musim bunga tahun ini.

Nvidia Umum DLSS 4.5 – Dynamic Multi Frame Gen, Kualiti Imej Dipertingkat
Nvidia Umum DLSS 4.5 – Dynamic Multi Frame Gen, Kualiti Imej Dipertingkat

DLSS 4.5 turut hadir dengan model transformer generasi kedua untuk DLSS Super Resolution, yang menawarkan peningkatan kualiti imej untuk lebih 400 permainan dan aplikasi merentasi semua GPU GeForce RTX.

DLSS 4.5 Super Resolution kini sudah tersedia menerusi aplikasi NVIDIA untuk semua GPU GeForce RTX.

 

Sebagai rujukan, DLSS 4 dengan ciri Multi Frame Generation mula diperkenalkan di CES tahun lalu dengan sokongan sekitar 75 permainan dan aplikasi. Kini, lebih 250 permainan dan aplikasi menyokong teknologi ini, termasuk antara judul paling banyak dimainkan pada 2025 seperti ARC Raiders, Battlefield 6, Clair Obscur: Expedition 33 dan Where Winds Meet.

Nvidia Umum DLSS 4.5 – Dynamic Multi Frame Gen, Kualiti Imej Dipertingkat

Dalam masa sama, Nvidia turut mengesahkan beberapa judul baharu dan permainan yang menerima naik taraf pada tahun ini akan menyokong teknologi terkini GeForce RTX. Antaranya termasuk 007 First Light, Active Matter, DEFECT, Phantom Blade Zero, PRAGMATA, Resident Evil Requiem dan Screamer.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Nvidia Lancar Perisian Sumber Terbuka Untuk Pembangunan Kereta Pandu Sendiri
  • Nvidia Lesenkan Teknologi Inferens Groq
  • AMD Dan Nvidia Dilapor Akan Naikkan Harga GPU Sehingga ~RM20 Ribu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY