Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nvidia Lancar Platform Rubin Dengan Enam Cip Baharu

Nvidia Lancar Platform Rubin Dengan Enam Cip Baharu

Diterbitkan Januari 6, 2026 ยท Dikemas kini Januari 6, 2026 oleh Amalina Athman

Nvidia kini melancarkan platform Nvidia Rubin, merangkumi enam cip baharu yang direka untuk menyokong satu superkomputer kecerdasan buatan (AI).

NVIDIA Rubin platform chips

Platform ini direka bentuk bersama merentasi enam cip iaitu CPU Vera, GPU Rubin, NVLink 6 Switch, ConnectX-9 SuperNIC, DPU BlueField-4 dan Spectrum-6 Ethernet Switch, untuk mengurangkan masa latihan dan kos token inferens.

Vera CPU with NVIDIA-built custom cores
Rubin GPU
NVLink 6 switch
Nvidia Lancar Platform Rubin Dengan Enam Cip Baharu
BlueField-4 DPU
Spectrum-6 Ethernet switch chip

Dinamakan sempena Vera Florence Cooper Rubin, ahli astronomi Amerika, platform Rubin menampilkan penyelesaian NVIDIA Vera Rubin NVL72 pada skala rak dan sistem NVIDIA HGX Rubin NVL8.

Vera Rubin NVL72 overview

Menurut Nvidia, sistem ini mampu mengurangkan kos token inferens sehingga 10 kali ganda dan mengurangkan keperluan GPU sehingga 4 kali ganda bagi melatih model mixture-of-experts (MoE), berbanding platform Nvidia Blackwell. Ia juga menyokong sistem storan AI yang direka khusus untuk model berskala besar.

Platform Nvidia Rubin kini berada dalam pengeluaran penuh, dengan syarikat teknologi besar termasuk AWS, Google Cloud, Microsoft, Meta, Anthropic dan Oracle dijangka menjadi antara pengguna awal teknologi ini apabila ia mula tersedia melalui rakan niaga pada separuh kedua 2026.

Selain itu, Cisco, Dell, HPE, Lenovo dan Supermicro dijangka menawarkan pelbagai pelayan berasaskan produk Rubin.

Nvidia Rubin menetapkan standard baharu dalam membina, menggunakan dan menjamin sistem AI paling besar dan canggih di dunia dengan kos terendah bagi membantu mempercepatkan penggunaan AI secara meluas.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • GIGABYTE Lancar Superkomputer Kompak Dipacu NVIDIA Blackwell
  • 2 Superkomputer Baharu Jepun Akan Dipacu 2,140 GPU NVIDIA
  • Nvidia Umum DLSS 4.5 - Dynamic Multi Frame Gen, Kualiti Imej Dipertingkat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY