Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA

Nvidia Kini Syarikat Pertama Di Dunia Capai Nilai Pasaran $5 Trilion

Diterbitkan Oktober 30, 2025 · Dikemas kini Oktober 30, 2025 oleh Amalina Athman

Nvidia sekali lagi mencipta sejarah sebagai syarikat pertama di dunia yang mencapai nilai pasaran $5 trilion (~RM20.98 trilion).

Menurut Bloomberg, sahamnya melonjak sehingga 5% kepada lebih $211 sekitar jam 9.30 malam pada Rabu, menandakan satu lagi pencapaian besar buat syarikat yang baru sahaja mencecah nilai $4 trilion pada Julai lalu.

Peningkatan ini didorong oleh dominasi berterusan Nvidia dalam pasaran kecerdasan buatan (AI), sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju utama dalam industri tersebut.

Pencapaian ini turut memperlihatkan perubahan luar biasa syarikat itu, daripada pengeluar cip grafik kepada ‘tulang belakang’ dalam industri AI di peringkat global.

Kejayaan tersebut juga menjadikan CEO Jensen Huang sebagai ikon baharu Silicon Valley, sementara cip canggih Nvidia kini menjadi tumpuan utama dalam persaingan teknologi antara Amerika Syarikat dan China.

Nvidia 5trilion

Pada masa sama, Microsoft dan Apple kini berada di belakang Nvidia dengan nilai pasaran melebihi $4 trilion, diikuti oleh Alphabet, Amazon dan Meta.

Berkaitan

  • Nvidia Bakal Labur $100 Bilion Dalam OpenAI, Sokong Pusat Data AI 10 Gigawatt
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Uber & Nvidia Bakal Lancar 100,000 Teksi Robot Menjelang 2027
  • NVIDIA Dan Nokia Jalin Kerjasama Bernilai ~RM4.19 Bilion, Pacu Era 6G Di AS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY