Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permainan Konsol Dan PC ‘Upin & Ipin Universe’ Akan Dilancarkan Tahun Ini

Permainan Konsol Dan PC ‘Upin & Ipin Universe’ Akan Dilancarkan Tahun Ini

Diterbitkan Februari 27, 2025 · Dikemas kini Februari 27, 2025 oleh ariff bukhari

Pencipta francais terkenal Upin & Ipin, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dari Malaysia, telah melantik Streamline Studios untuk membangunkan permainan untuk platform konsol dan PC, Upin & Ipin.

Dalam kenyataannya hari ini, kedua-dua syarikat itu juga bersetuju untuk bekerjasama menerbitkan Upin & Ipin Universe, permainan dunia terbuka pertama untuk konsol dan PC yang menampilkan watak kembar ikonik ini.

“Kerjasama dengan Streamline Media Group membolehkan kami mengembangkan penceritaan ke dalam medium baharu sepenuhnya, memberikan peminat peluang untuk mengalami dunia Upin & Ipin dengan cara yang belum wujud sebelum ini.” Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Haji Burhanuddin Md Radzi.

Dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5, permainan ini pastinya akan memberikan pengalaman pengembaraan generasi baharu.

Bakal membawa keunikan dan daya tarikan siri animasi ini kepada pemain di seluruh dunia, Les’ Copaque mengumumkan Upin & Ipin Universe dijadualkan dilancarkan pada tahun ini tanpa tarikh khusus dinyatakan.

Imbas kembali, Pengarah Urusan dan Pengasas Les’ Copaque Productions tahun lalu pernah berkongsi maklumat berkaitan permainan tersebut.

Berkaitan

  • Permainan Konsol Upin Ipin Dijangka Lancar Tahun Depan
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Aplikasi Adobe Photoshop Kini Tersedia Untuk Pengguna iPhone
  • Barisan Terbaru Komputer Riba 'Gaming' ROG Kini Di Malaysia, Harga Dari RM10,999

Sumber: Siaran media Les’ Copaque

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY