Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Upin Ipin

Permainan Konsol Upin Ipin Dijangka Lancar Tahun Depan

Diterbitkan Jun 11, 2024 · Dikemas kini Jun 11, 2024 oleh Amalina Athman

Permainan video Upin Ipin dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun depan.

Melalui siaran di Facebook, Pengarah Urusan dan Pengasas Les’ Copaque Productions, Burhanuddin Md Radzi berkata permainan berbayar itu telah dibangunkan sejak tahun lalu oleh Streamline Inc, iaitu studio permainan yang berpangkalan di Las Vegas.

Permainan Konsol Upin Ipin Dijangka Lancar Tahun Depan
Permainan Konsol Upin Ipin Dijangka Lancar Tahun Depan

Semalam, pihaknya juga telah menerima permainan konsol yang berdasarkan siri animasi popular itu daripada pihak pembangun untuk proses pengujian.

https://www.facebook.com/hjburhan.radzi/posts/pfbid02fABnTEH44y9YtnfWFkAxgS6KARJsyhdGDCkUHoAsRzuhysEX2uySTengK7b8ZZKml

Dari segi ketersediaan, permainan Upin Ipin dijangka siap pada Oktober 2024. Sementara menunggu kelulusan penerbit, pihaknya menyasarkan pelancaran global pada suku pertama tahun 2025.

Beliau turut mendedahkan ia kelak boleh didapati pada konsol PlayStation 4, serta Switch.

Sumber: Hj Burhan Radzi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY