Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rog gaming laptop

Barisan Terbaru Komputer Riba ‘Gaming’ ROG Kini Di Malaysia, Harga Dari RM10,999

Diterbitkan Februari 26, 2025 ยท Dikemas kini Februari 26, 2025 oleh Amsyar Latif

ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia secara rasmi melancarkan barisan komputer riba gaming 2025, menampilkan pemproses terkini dari Intel, AMD, dan NVIDIA. Siri terbaru ini termasuk ROG Strix, ROG Zephyrus, dan ROG Flow Z13, dengan peningkatan ketara dalam prestasi dan reka bentuk inovatif.

ROG Strix SCAR 16 & 18 dilengkapi Intel Core Ultra 9 275HX dan NVIDIA GeForce RTX 5090, dengan sistem penyejukan baharu untuk prestasi maksimum.

Sementara, ROG Flow Z13 (2025) merupakan tablet gaming ultra berkuasa dengan AMD Ryzen AI Max+ 395, grafik RDNA 3.5, dan paparan ROG Nebula Display 2.5K 180Hz.

ROG Zephyrus G16 (2025) pula ialah komputer riba gaming nipis, ringan dengan Intel Core Ultra 9 285H dan NVIDIA RTX 5090, dilengkapi skrin OLED 2.5K 240Hz.

photo_2025-02-26 12.20.25

Harga dan ketersediaan:

  • ROG Flow Z13 โ€“ RM10,999
  • ROG Zephyrus G16 โ€“ Dari RM15,999 hingga RM21,999
  • ROG Strix SCAR 16 & 18 โ€“ Dari RM16,999 hingga RM23,999

Bagi yang berminat, prapesan dibuka hingga 31 Mac 2025, dengan tawaran PWP bernilai hingga RM2,899. Pembelian produk ROG 2025 yang layak juga akan menerima salinan digital Monster Hunter Wilds.

photo_2025-02-26 12.20.26
photo_2025-02-26 12.20.25 (1)
photo_2025-02-26 12.20.27

Maklumat lanjut berkaitan promosi ini boleh layari ROG Malaysia.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • ASUS Malaysia Lancar Vivobook 14/16 2025, Komputer Riba Berkuasa AI Untuk Semua
  • ASUS Zenbook A14 Kini Di Malaysia, 'Laptop' Copilot+ 14 Inci Paling Ringan Di Dunia
  • ASUS Vivobook 14 Flip & 16 Flip Dengan Skrin OLED Boleh Sentuh Berharga Bermula RM5,999

Sumber: Siaran media ASUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY