Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
adobe photoshop iPhone

Aplikasi Adobe Photoshop Kini Tersedia Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan Februari 26, 2025 · Dikemas kini Februari 26, 2025 oleh Amalina Athman

Adobe kini melancarkan aplikasi Photoshop untuk peranti mudah alih, yang direka khas untuk membolehkan pengguna menyunting dan menghasilkan kandungan dengan lebih mudah.

Menurut Adobe, aplikasi ini sudah tersedia secara global untuk pengguna iPhone, manakala versi Android akan menyusul lewat tahun ini.

Untuk rekod, versi ringkas aplikasi Photoshop Express, telah tersedia di peranti mudah alih sejak 2010. Namun, menurut Adobe, aplikasi baharu ini lebih berkuasa dan menawarkan rangkaian keupayaan Photoshop yang lebih luas.

Dari segi keupayaan, versi percuma memberikan akses kepada pelbagai alat suntingan Photoshop, termasuk Spot Healing Brush, Tap Select, lapisan (layering), masking dan blending.

Ia juga menawarkan aset Adobe Stock, integrasi terus dengan aplikasi Creative Cloud seperti Adobe Express, Lightroom dan Fresco, serta menyertakan alat AI yang dikuasakan oleh Adobe Firefly seperti Generative Fill dan Generative Expand.

Aplikasi Adobe Photoshop Kini Tersedia Untuk Pengguna iPhone

Ciri Photoshop lain seperti Object Select, Magic Wand, Content-Aware Fill, Clone Stamp, dan Remove Tool hanya tersedia melalui langganan premium berharga RM39.90/bulan atau RM299.90/tahun.

Pelan premium PhotoShop Mobile & Web ini turut merangkumi pilihan Advanced Blend Modes untuk kawalan kejelasan, kesan warna dan gaya serta integrasi dengan Photoshop di web. Selain itu, pengguna juga mendapat akses kepada alat Generate Similar dan Reference Image pada platform berasaskan web.

adobe photoshop iPhone_3

Semua pengguna yang sudah melanggan pelan Photoshop berbayar akan mendapat akses premium kepada aplikasi Photoshop di peranti mudah alih.

Berkaitan

  • Adobe Kemas Kini Fungsi AI Dalam Photoshop
  • Adobe Firefly Web Kini Boleh Jana Video AI
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • ChatGPT Search Kini Boleh Digunakan Sebagai Enjin Carian Di Safari, Begini Caranya

Sumber: Adobe

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY