Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
[Kemas Kini] Perkhidmatan e-Hailing Bolt Dilihat Mula Diaktifkan Di Malaysia

[Kemas Kini] Perkhidmatan e-Hailing Bolt Dilihat Mula Diaktifkan Di Malaysia

Diterbitkan November 6, 2024 ยท Dikemas kini November 7, 2024 oleh Amalina Athman

Kemas kini: Bolt mengesahkan bahawa perkhidmatan e-hailing itu telah dilancarkan secara rasmi di Lembah Klang.

[Kemas Kini] Perkhidmatan e-Hailing Bolt Dilihat Mula Diaktifkan Di Malaysia

 


Melalui penyenaraian Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) setakat 9 Oktober 2024, perkhidmatan e-hailing Bolt telah pun memperoleh lesen daripada agensi itu.

Dalam perkembangan terbaru, perkhidmatan e-hailing berasal dari Estonia itu dilihat mula diaktifkan di Malaysia pada hari ini.

Buat pengetahuan, Bolt mula menyiarkan pengambilan kerja untuk jawatan pengurus pada Mac, serta melancarkan halaman pengambilan pemandu Malaysia di kawasan Lembah Klang di laman webnya, seperti dilaporkan lowyat.net.

Berbalik kepada konteks, tinjauan di aplikasi Bolt menunjukkan perkhidmatan ini tersedia dalam empat pilihan iaitu Bolt, Comfort, XL dan Premium.

Sebagai permulaan, ia turut menawarkan sehingga 50% diskaun untuk 20 perjalanan pertama (Lembah Klang), dengan maksimum RM15 bagi setiap perjalanan. Sementara kaedah bayaran yang tersedia adalah melalui wang tunai atau kad debit/kredit.

WhatsApp Image 2024-11-06 at 10.41.10
Bolt
WhatsApp Image 2024-11-06 at 10.43.06
Grab
[Kemas Kini] Perkhidmatan e-Hailing Bolt Dilihat Mula Diaktifkan Di Malaysia
[Kemas Kini] Perkhidmatan e-Hailing Bolt Dilihat Mula Diaktifkan Di Malaysia

Jika dilihat pada kadar tambang (tanpa promosi), perkhidmatan Bolt menawarkan harga yang lebih murah berbanding Grab.

Walaupun begitu, perkhidmatan e-hailing itu masih terhad di lokasi tertentu di Lembah Klang, dengan jangkaan lebih banyak lokasi akan tersedia pada masa akan datang.

Apa pun, dengan kehadiran Bolt di negara ini pastinya akan memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing terbaik.

Berkaitan

  • inDrive, Flyt Tawar Perkhidmatan Kereta Sewa Kepada Pemandu e-Hailing
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • FLYsiswa Dijadikan Inisiatif Tahunan Kementerian Pengangkutan - Loke
  • Subsidi Bersasar RON 95 Mungkin Guna Mekanisme MyKad, e-Dompet

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY