Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anthony Loke_Parlimen 5 November sesi pagi

FLYsiswa Dijadikan Inisiatif Tahunan Kementerian Pengangkutan – Loke

Diterbitkan November 6, 2024 · Dikemas kini November 6, 2024 oleh Amalina Athman

Inisiatif FLYsiswa, yang menawarkan subsidi tiket penerbangan kepada pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, akan dijadikan inisiatif tahunan oleh Kementerian Pengangkutan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 September lepas.

Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan mahasiswa yang ingin pulang ke kampung halaman, khususnya bagi mereka yang tiada pilihan pengangkutan lain selain penerbangan.

Beliau memaklumkan subsidi tiket penerbangan, termasuk inisiatif FLYsiswa dan subsidi tiket untuk musim perayaan telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM48 juta.

Mengenai FLYsiswa, subsidi ini dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell, di mana syarikat penerbangan tempatan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak.

Baucar tersebut boleh ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurutnya, seramai 52,030 mahasiswa layak menerima manfaat subsidi itu pada tahun ini, yang merangkumi 22,226 dan 19,171 pelajar masing-masing berasal dari Sabah dan Sarawak.

Berkaitan

  • Syarikat Penerbangan Perlu Kembalikan Bayaran Penuh Jika Lewat Lebih 5 Jam - Loke
  • Motosikal Baharu 150cc Ke Atas Perlu Dilengkapi ABS Mulai Tahun Depan
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Kerajaan Tak Akan Kaji Semula Pelaksanaan Cukai Jalan Digital - Loke

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY