Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Subsidi Bersasar RON 95 Mungkin Guna Mekanisme MyKad, e-Dompet

Subsidi Bersasar RON 95 Mungkin Guna Mekanisme MyKad, e-Dompet

Diterbitkan November 6, 2024 ยท Dikemas kini November 6, 2024 oleh Rushsyafizal

Kerajaan Malaysia kini dalam peringkat pertimbangan untuk menggunakan MyKad dan e-dompet bagi menyalurkan subsidi RON95 kepada rakyat yang layak. Inisiatif ini, diumumkan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, diharap mampu memudahkan pengenalpastian penerima subsidi, serta menyingkirkan penerima yang tidak layak.

Mekanisme baharu ini bertujuan untuk menyasarkan subsidi dengan lebih tepat, bagi memastikan hanya rakyat dalam kumpulan yang layak sahaja menikmati faedah ini. Dengan pengurusan lebih cekap, kerajaan berharap untuk menjimatkan dana bagi memperkukuh ekonomi negara, termasuk pelaburan dalam sektor kesihatan dan pendidikan.

Dalam sesi Parlimen, Amir Hamzah turut menjelaskan bahawa subsidi bersasar ini dijadualkan bermula pertengahan 2025. Anggaran awal menunjukkan sekitar RM12 bilion akan diperuntukkan, yang mana 85% rakyat Malaysia akan terus menerima subsidi ini tanpa gangguan. Langkah ini juga bertujuan menyingkirkan warga asing dan 15% pengguna mewah tempatan daripada menerima subsidi, memandangkan mereka kini menyerap sekitar 40% subsidi RON95, yang bernilai sekitar RM8 bilion.

Pendekatan ini dijangka bukan sahaja membantu mengurangkan hutang negara, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan berterusan Malaysia.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • HONOR X7c Turut Dilancar Dengan Harga RM699
  • Apple Cadang Labur Sekitar RM43 Juta Untuk Bolehkan Jualan iPhone 16 Di Indonesia
  • iOS 18.2 Dijangka Hadir Dengan Anggaran Tempoh Pengecasan
  • FLYsiswa Dijadikan Inisiatif Tahunan Kementerian Pengangkutan - Loke

Sumber: Sinar Harian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY