Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem Bida Beri Kebebasan Penumpang, Pemandu Runding Perkhidmatan – inDrive

inDrive, Flyt Tawar Perkhidmatan Kereta Sewa Kepada Pemandu e-Hailing

Diterbitkan Jun 5, 2024 oleh Amalina Athman

inDrive, dengan kerjasama Flyt, akan menyediakan perkhidmatan kereta sewa fleksibel untuk pemandu e-hailing yang tidak mempunyai kenderaan serta menyelaraskan proses pendaftaran Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV).

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Sistem Bida Beri Kebebasan Penumpang, Pemandu Runding Perkhidmatan - inDrive

Menurut inDrive, Flyt akan bertindak sebagai pembekal kereta sewa untuk pemohon baru inDrive yang memerlukan perkhidmatan ini.

Dengan kerjasama Flyt, pihaknya juga akan mewujudkan penyedia lesen PSV berpusat. Ia bertujuan bagi meningkatkan pematuhan pemandu terhadap peraturan yang ditetapkan kerajaan dan memenuhi keperluan utama pemandu e-hailing yang tidak mempunyai kenderaan peribadi untuk mendapatkan lesen PSV.

inDrive, Flyt Tawar Perkhidmatan Kereta Sewa Kepada Pemandu e-Hailing

Selain itu, pemohon inDrive akan mendapat manfaat daripada skim Rent2Own Flyt, yang membolehkan pemandu mempunyai kereta tanpa komitmen kewangan melalui perjanjian fleksibel dengan melanggan tempoh sewa minimum selama 3 bulan. Mengenai harga sewaan, ia bergantung kepada jumlah perjalanan yang diselesaikan oleh pemandu tersebut. 

Bagi yang berminat, pendaftaran pemandu atau maklumat lanjut mengenainya boleh dirujuk melalui laman web inDrive.

Sumber: Siaran Media inDrive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY