Dilancarkan pada Disember 2018, DuitNow pada mulanya membolehkan pelanggan bank dan e-Dompet untuk memindahkan wang dengan segera dan selamat pada bila-bila masa melalui saluran perbankan atas talian dan aplikasi e-Dompet.

Bagi fasa kedua DuitNow (DuitNow 2.0), ia akan dilancarkan kepada perintis pada separuh kedua tahun 2020. Antara fungsi yang akan diperkenalkan termasuk penyelesaian pembayaran baru dan kutipan yang inovatif seperti permintaan untuk bayar (Request-to-Pay), debit segera (real-time debits), dan mandat dalam fail (consents on-file).
Mandat dalam fail dan debit segera membolehkan pelanggan memberikan kebenaran kepada peniaga untuk pembayaran secara berkala ke atas akaun bank atau e-Dompet pelanggan. Ini adalah alternatif kos efektif bagi peniaga berbanding dengan kad kredit dalam fail.
Seterusnya, sebagai e-Dompet pertama yang menjadi perintis ekosistem DuitNow 2.0, pelanggan di Shopee tidak lama lagi akan dapat menikmati fungsi pemindahan wang dengan segera di antara e-Dompet ShopeePay dan akaun dari 40 buah bank serta 5 e-Dompet lain yang akan turut menyertai ekosistem ini.
Selain menjadi perintis untuk DuitNow 2.0, ShopeePay juga akan menerima pakai DuitNow QR yang merupakan Standard QR Nasional Malaysia. Ini akan membolehkan pengguna ShopeePay mengakses peruncit dan pekedai yang menerima pembayaran DuitNow QR.
Berkaitan
- vivo Tawar Jualan Eksklusif Siri X50 Di Shopee Dengan Hadiah Percuma Bernilai RM697
- Anda Boleh Beli OnePlus Nord Secara Rasmi Di Shopee Kelak
- Apa Itu DuitNow, Dan Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya
- Petaling Street Kini Di Shopee
- Peniaga Baharu Shopee Boleh Tuntut Lebih RM1,500 Melalui Program PENJANA
- Senarai Promosi Dari Amazfit Pada Jualan 3.3 Di Lazada Dan Shopee
- Samsung Beri Baucar Bernilai Sehingga RM50,000 Sempena Super Brand Day Di Shopee
- Lebih 40,000 Unit Telefon Terjual Di Lazada Dan Shopee, Xiaomi Rekod Jenama Paling Laris Di Asia Tenggara
- Shopee Tawar Telefon Pintar Dengan Potongan Harga Sehingga 65% Pada 23 Julai Ini
- 'Buy Now Pay Later' Di Shopee Akan Dikenakan Caj Pemprosesan 1.5% Bermula Minggu Depan