Boleh Transfer Duit Tanpa Nombor Akaun Dengan DuitNow

Mungkin masih ramai antara kita semua yang belum pernah cuba menggunakan DuitNow. Hanya dengan mengetahui nombor telefon penerima, satu transaksi pemindahan wang boleh berlaku.

Apa itu DuitNow?

  • Satu perkhidmatan yang memudahkan pengguna untuk memindahkan serta menerima wang tanpa perlu ada nombor akaun bank.

  • Hanya perlu tahu nombor telefon sahaja.

  • Proses pemindahan wang serta merta, secara percuma dan selamat.

  • Boleh digunakan di pelbagai bank di Malaysia.


Bank Malaysia yang menyokong penggunaan DuitNow



Untuk mula menggunakan DuitNow, pengguna hanya perlu melalukan satu kali pendaftaran sahaja.

  • Pendaftaran


Log masuk ke Perbankan Internet mudah alih anda atau ke aplikasi telefon pintar penyedia pembayaran yang mengambil  bahagian.

Cari DuitNow di bawah menu 'Funds Transfer' atau 'Send Money'.

Lakukan pendaftaran sekali bagi membolehkan DuitNow dihubungkan dengan ID anda. Sama ada nombor telefon mahupun nombor kad pengenalan dengan akaun bank atau akaun e-Wang anda.

  • Pemindahan


Bila dah daftar, pemindahan wang cukup mudah untuk dilakukan. Log masuk ke Perbankan Internet mudah alih anda atau ke aplikasi telefon pintar penyedia pembayaran yang mengambil  bahagian.

Cari DuitNow di bawah menu 'Funds Transfer' atau 'Send Money'.

Masukkan ID penerima dan sahkan butiran pemindahan wang tersebut. Wang akan dipindahkan ke akaun penerima dengan serta-merta.



Adakah penggunaan DuitNow akan dicaj atau dikenakan yuran?

Pemindahan wang melalui DuitNow tidak akan dikenakan caj untuk nilai RM5,000 ke bawah. Bagi urus niaga yang melebihi RM5,000 pula, yuran 50 sen mungkin terpakai tetapi sesetengah bank mengecualikan yuran ini.



Ada had untuk pemindahan wang?

Pengguna boleh memindahkan sehingga RM50 ribu setiap transaksi di bank. Bagi perniagaan pula, boleh membuat pemindahan wang sehingga RM10 juta.

Had mungkin berbeza dan ia bergantung pada saluran bank anda. Penyedia pembayaran e-Wang akan mempunyai had yang lebih rendah.

Kelebihan penggunaan DuitNow

  • Boleh melakukan pemindahan pada bila-bila masa.

  • Tidak perlu lagi untuk mendedahkan nombor akaun bank.

  • Tiada caj tersembunyi.

  • Mudah dan lebih cepat.


 

Sumber: DuitNow

Berkaitan