Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

Pengguna Android, Storan WhatsApp Anda Tidak Lagi Percuma

Diterbitkan Disember 6, 2023 · Dikemas kini Disember 6, 2023 oleh ariff bukhari

Jika sebelum ini pengguna WhatsApp di telefon pintar android menikmati storan tanpa had yang membolehkan mereka menyimpan mesej bergambar, video dan membuat sandaran (backup) tanpa risaukan had storan.

Tetapi kini bermula Disember ini, kelebihan itu ditarik di mana backup WhatsApp akan mula dikira dalam had storan Akaun Google anda.

Perubahan ini membawa pengguna Android sama sepertimana dengan pengguna iPhone yang terhad storan mereka di iCloud.

Kepada anda yang mungkin masih belum tahu, semua akaun Google menerima 15GB storan awan percuma.

Apabila ia disesakkan lagi dengan data dari WhatsApp, ia pastinya akan lebih cepat memenuhkan ruang storan 15GB itu yang sudah pun sedia sesak dengan data yang dikongsi merentas Google Drive, Gmail dan Google Photos.

Jadi, jika anda melebihi had storan itu, anda terpaksa mengosongkan ruang dalam Akaun Google anda untuk menyambung semula backup WhatsApp anda.

Perubahan ini akan dilancarkan kepada pengguna Beta mulai Disember 2023, dan perlahan-lahan akan dilancarkan kepada semua pengguna Android WhatsApp sepanjang separuh pertama tahun 2024.

Berkaitan

  • 'Backup' WhatsApp Untuk Android Tidak Lagi Percuma Dengan Storan Tanpa Had
  • Pengguna MAE, Sebaiknya Tangguhkan Dahulu Guna Kredit eMADANI
  • Telefon Android Alami Kecacatan Keselamatan, Google Lepaskan Kemas Kini Kritikal
  • Treler Pertama GTA 6 Pecah ‘Guinness World Records’

Sumber: WhatsApp, Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY