Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malware android

Telefon Android Alami Kecacatan Keselamatan, Google Lepaskan Kemas Kini Kritikal

Diterbitkan Disember 5, 2023 oleh ariff bukhari

Pada hari Isnin baru-baru ini, Google mengatakan bahawa mereka telah menemui “kelemahan keselamatan kritikal” dalam komponen sistem operasi Android.

Kelemahan itu boleh membawa kepada pelaksanaan kod jauh, “tanpa keistimewaan pelaksanaan tambahan diperlukan.”

Setakat ini, Google tidak mengeluarkan butiran lain tentang kecacatan itu yang telah didaftarkan sebagai CVE-2023-40088.

Tetapi kelemahan itu kelihatan seperti ia boleh dieksploitasi untuk memanipulasi Android untuk memuat turun dan memasang perisian hasad secara rahsia, tanpa disedari oleh penggunanya.

Satu-satunya limitasi serangan itu adalah “proksimal,” yang bermaksud secara fizikal penggodam berada cukup dekat dengan telefon Android untuk mencetuskan kelemahan dari jauh, sama ada melalui Wi-Fi, Bluetooth atau NFC.

Google tidak menyatakan bagaimana kecacatan itu ditemui atau jika penggodam sudah menyalahgunakannya

Tetapi tampalan bagi kelemahan itu ditetapkan untuk tiba dalam tempoh beberapa hari akan datang melalui Projek Sumber Terbuka Android.

Ia kemudiannya terpulang kepada pengeluar peranti untuk menghantar penyelesaian tersebut.

Vendor Android seperti Samsung dan OnePlus telah berjanji untuk mengeluarkan kemas kini keselamatan sebulan sekali.

Google biasanya menghantar kemas kini keselamatan kepada telefon Pixel dalam masa dua minggu atau lebih awal.

Tampalan itu, yang dilabel kemas kini Android Disember 2023, serasi dengan peranti Android 11 hingga Android 14.

Dalam Nota keluaran Google menambah bahawa ia mendedahkan beberapa kelemahan kritikal lain dalam OS yang boleh disalahgunakan untuk meningkatkan keistimewaan sistem tanpa interaksi pengguna.

Ini boleh membenarkan penggodam untuk mendapatkan akses pentadbiran ke peranti Android mereka sekiranya mereka berjaya menggodam peranti tersebut.

Jadi pengguna yang terjejas harus memasang kemas kini Disember secepat mungkin.

Berkaitan

  • Cuba Sekarang 11 Ciri Dan Kemas Kini Baharu Android
  • Lebih 7 Juta Permohonan Kredit RM100 eMADANI Sudah Diterima - Kementerian Kewangan
  • Pengguna MAE, Sebaiknya Tangguhkan Dahulu Guna Kredit eMADANI

Sumber: Android Security Bulletin, PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY