Kemas kini 5 Disember 2023, 10.01 malam: Maybank kini memaklumkan kredit eMADANI di aplikasi MAE sudah boleh digunakan. Namun, pastikan toggle eMADANI tersedia sebelum pembayaran dibuat, bagi mengelakkan pembayaran ditolak pada baki MAE Wallet.
Artikel asal: Isu penggunaan kredit eMADANI melalui aplikasi MAE masih berlanjutan, yang kini menimbulkan isu yang lain.
Sebelum ini, kami menyediakan penyelesaian sementara sekiranya pembayaran tidak boleh dilakukan. Kini, pengguna disarankan untuk menangguhkan seketika pembayaran menggunakan aplikasi MAE, jika ingin menggunakan kredit eMADANI.
{suggest}
Melalui sejumlah laporan pengguna dan pengalaman kami sendiri, nampaknya pembayaran yang dibuat mengakibatkan baki dalam akaun Maybank/MAE Wallet ditolak – tidak seperti sebelumnya.
Untuk lebih jelas, kami kongsikan perbandingan sebelum dan sekarang. Jika anda perhatikan gambar ‘sebelum’, terdapat toggle eMADANI ketika membuat pembayaran.
Sementara untuk gambar ‘sekarang’, tiada lagi pilihan tersebut. Dapat disahkan bukan sahaja tiada pilihan itu, malah pembayaran ditolak pada baki MAE Wallet.
Lanjutan itu, pengguna disarankan untuk menangguhkan dahulu penggunaan kredit RM100 eMADANI di aplikasi MAE.
Dalam pada itu, Maybank kini mengesahkan kemudahan pembayaran kod QR untuk kredit eMADANI tidak tersedia buat sementara waktu.
Maybank turut memaklumkan pihaknya dalam usaha untuk memulihkan isu tersebut dengan kesemua merchant yang terlibat.
*Artikel dikemas kini dengan kenyataan Maybank.