Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gta 6_a

Treler Pertama GTA 6 Pecah ‘Guinness World Records’

Diterbitkan Disember 6, 2023 · Dikemas kini Disember 6, 2023 oleh Amalina Athman

Treler pertama untuk sekuel Grand Theft Auto VI (GTA 6) kini menjadi permainan video yang paling banyak ditonton di YouTube dalam tempoh 24 jam, sekali gus memecah Guinness World Records.

it's not even been 24 hours yet, but we can confirm that the GTA VI trailer is already the most viewed videogame reveal on YouTube in 24 hours…

— Guinness World Records (@GWR) December 5, 2023

Sehingga artikel ini ditulis, treler pertama GTA 6 telah menerima lebih 95 juta tontonan dan trending nombor 1 di YouTube bagi kategori permainan.

youtube GTA 6

Selain itu, ia juga memecah rekod MrBeast untuk tontonan terbanyak di YouTube dalam tempoh kurang 24 jam. Selain kategori muzik video, MrBeast sebelum ini memegang rekod tontonan YouTube terbanyak dalam tempoh 24 jam –  59.4 juta tontonan pada hari pertama.

The GTA 6 trailer just broke our record for most views on YouTube in 24 hours 😮 pic.twitter.com/Wz7yngC8u4

— MrBeast (@MrBeast) December 5, 2023

Bagaimanapun, treler pertama permainan video itu masih gagal menurunkan ‘takhta’ tontonan terbanyak dalam tempoh 24 jam untuk semua kategori, yang ketika ini dipegang oleh BTS melalui muzik video Butter dengan 108.2 juta tontonan.

Berkaitan

  • Treler Pertama GTA 6 Kini Tersedia Lebih Awal

Dalam pada itu, Rockstar telah pun mengesahkan GTA 6 akan tersedia untuk PlayStation 5 serta Xbox Series X dan S sewaktu pelancaran pada 2025 nanti.

Sumber: Guinness World Records, MrBeast

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY