Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 13 panel 120Hz

Kuo Jelaskan Kenapa Bonggol Kamera iPhone 14 Pro Makin ‘Gedabak’

Posted on Mac 28, 2022Mac 28, 2022

Apple akan mengambil langkah besar dalam siri model iPhone 14 yang akan datang dengan menggunakan sensor kamera 48MP. Apple memang terkenal dengan pendekatan mereka yang tidak gah dalam mengejar sensor kamera peranti mereka. Tidak seperti jenama lain, ada yang telah menggunakan sensor kamera yang lebih besar.

Peranti Apple yang teratas, iPhone 13 Pro Max hanya menggunakan 3 sensor kamera 12MP setiap lensa.

Kredit: Apple Inc. (iPhone 13 Pro Max)

Walau bagaimanapun, mengikut ciapan twitter penganalisis Ming-Chi Kuo, beliau menyatakan bahawa Apple meningkatkan resolusi sensor kamera model iPhone 14 Pro kepada 48MP.

The main reason for the larger and more prominent rear-camera bump of the 14 Pro/Pro Max is upgrading the wide camera to 48MP (vs. 13 Pro/Pro Max's 12MP). The diagonal length of 48MP CIS will increase by 25-35%, and the height of 48MP's 7P lens will increase by 5-10%. https://t.co/lrwgmnLNce

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) March 27, 2022

Melaluinya, mungkin persoalan terjawab mengapa bonggol kamera iPhone 14 Pro kelak akan menjadi lebih besar kerana sensornya pun akan dinaiktaraf.

Sebenarnya, khabar angin terhadap kamera iPhone 48MP ini sudah pun kedengaran sejak sekian lama. Bahkan jika diikutkan, tiada perubahan ketara berbanding iPhone terdahulu. Jadi, berkemungkinan iPhone 14 Pro kali ini membawa satu perkara yang lain daripada lain.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sumber: ming-chi kuo

Baca juga:

  • Sisi Gelap Syarikat Apple, Sekurang-Kurangnya 13 Pekerja Bunuh Diri
  • Apple Guna Aluminium Bebas Karbon Hanya Pada Peranti Ini
  • Apple Jawab Isu Bateri Cepat Habis Selepas Kemas Kini iOS 15.4

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress