Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple launching iphone

Apple Dikhabar Sudah Mula Buat Persediaan Untuk Pelancaran iPhone 14

Diterbitkan Ogos 8, 2022 oleh Amalina Athman

Menjelang acara pelancaran iPhone 14 tidak lama lagi, khabar angin semakin bertiup kencang. Terbaru, terdapat ura-ura mengatakan Apple sudah mula membuat persediaan bagi acara pelancaran pada September ini.

Memetik laporan Mark Gurman dari Bloomberg, Apple dikhabarkan sudah memulakan pra-rakaman untuk pelancaran secara dalam talian iPhone 14. Acara ini dijangka akan berlangsung pada separuh pertama September.

Berkaitan

  • Apple Ajak Pengguna Android Untuk "Tukar Ke iPhone"
  • Ura-Ura: Harga iPhone 14 Sama Seperti iPhone 13
  • Didakwa Bakal Hadir Dengan Warna Ungu, Ini Mungkin Antara Spesifikasi iPhone 14

Dalam khabar yang lain, Max Weinbach menyatakan acara tersebut berkemungkinan akan berlangsung pada 6 September. Sementara, jualan hanya bermula pada 16 September. Namun begitu, tidak dapat disahkan ketepatan tarikh berkenaan.

fwiw I heard September 6th event and iPhone's on sale on the 16th

not 100% sure, but around there seems right. https://t.co/X2vbu2XyiC

— Max Weinbach (@MaxWinebach) August 7, 2022

Dalam pada itu, Mark Gurman memberitahu Apple mungkin mengadakan dua acara berasingan pada musim luruh atau sekitar bulan Oktober nanti, seperti yang dilakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya, acara pada September akan memfokuskan kepada iPhone dan Apple Watch terbaru. Manakala pada Oktober nanti Apple akan memfokuskan kepada pelancaran Mac dan iPad.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY