Didakwa Bakal Hadir Dengan Warna Ungu, Ini Mungkin Antara Spesifikasi iPhone 14

Seperti diketahui, Apple akan memperkenalkan iPhone 14 dan iPhone 14 Pro dalam masa kurang dua bulan lagi. Walaupun kita telah dihidangkan dengan pelbagai gambaran mengenai iPhone 14, terdapat dakwaan terbaru bagi menyokong laporan sebelum ini serta sedikit maklumat terkini mengenainya.

Pemilik akaun @Jioriku di Twitter telah memuat naik ciapan mengenai cip pemproses terbaru, warna iPhone 14 dan mode Always on Display pada siri iPhone 14 akan datang. Cip A16 Bionic dijangka akan berasaskan pemproses 5nm yang digunakan pada A15 Bionic tahun lalu.

Untuk varian warna, iPhone 14 dijangka hadir dengan warna hijau, ungu, biru, hitam, putih dan merah. Warna merah jambu akan digantikan dengan warna ungu.

Bagi model iPhone 14 Pro, ia dikatakan mempunyai pilihan warna hijau, ungu, perak, emas dan graphite. Ini bermakna, warna ungu akan menggantikan Sierra Blue sebelum ini.

Jioriku bukanlah orang pertama yang mengatakan Apple akan melancarkan warna ungu pada iPhone 14. Pereka Ian Zelbo juga telah memberi gambaran warna ungu pada iPhone 14 Pro, seperti yang boleh dilihat di bawah ini.

Kapsyen: Gambaran warna ungu iPhone 14 Pro oleh Ian Zelbo


Mengenai ciri Always on Display (AOD) pada model iPhone 14 Pro, Jioriku menyokong khabar sebelum ini di mana AOD akan mengikut widget paparan kekunci dan mempunyai mod yang sama dengan Apple Watch apabila Nightstand Mode diaktifkan.

https://twitter.com/Jioriku/status/1554730202026188802

Untuk pengecasan pula, Apple dijangka akan menawarkan sokongan pengecasan 30W. Penawaran storan pula masih sama seperti iPhone 13.

Sebagai rekod, pada tahun lalu Jioriku pernah meramalkan dengan betul bahawa iPhone 13 akan hadir dengan ciri buka kunci hanya dengan mata pengguna semasa memakai pelitup muka.

Sumber: Jioriku