Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 8 Elite_featured b

Peranti Android Kini Boleh Terima Sokongan Kemas Kini Sehingga 8 Tahun

Diterbitkan Februari 25, 2025 · Dikemas kini Februari 25, 2025 oleh Amalina Athman

Bermula dengan Snapdragon 8 Elite, Qualcomm akan membolehkan pengeluar peranti (OEM) menyediakan sokongan kemas kini perisian dan keselamatan Android sehingga lapan tahun.

Menurut Qualcomm, pihaknya telah bekerjasama dengan Google untuk membolehkan OEM menyediakan kemas kini tersebut, sekali gus memanjangkan jangka hayat peranti Android.

Ini bermaksud sokongan untuk perisian platform yang termasuk dalam program ini akan tersedia kepada OEM selama lapan tahun berturut-turut, merangkumi naik taraf Android OS dan kernel, tanpa memerlukan perubahan atau peningkatan ketara pada platform dan kod OEM dalam peranti (pemisahan ini dikenali sebagai “Project Treble” atau “vendor implementation”). Walaupun perubahan pada kernel memerlukan kemas kini pemacu mod kernel, kod vendor boleh kekal tidak berubah sepanjang tempoh sokongan perisian diberikan.

Program ini secara khusus merangkumi dua naik taraf pada platform mudah alih Android Common Kernel (ACK) bagi menyokong tempoh lapan tahun tersebut.

Qualcomm juga menekankan bahawa sokongan perisian yang diperluaskan ini dapat “mengurangkan kos bagi OEM yang berminat untuk menyokong peranti mereka lebih lama”.

Dengan langkah ini, cip tidak lagi menjadi halangan utama untuk mencapai tujuan tersebut. Sebaliknya, keputusan untuk mengemas kini peranti bergantung sepenuhnya kepada pengeluar.

Sama ada sesebuah telefon pintar atau peranti mudah alih yang layak akan menerima semua sokongan perisian yang ditawarkan oleh Qualcomm Technologies bergantung sepenuhnya kepada OEM.

Peranti pertama yang akan menerima manfaat daripada program ini ialah telefon pintar yang dilancarkan dengan Snapdragon 8 Elite dan Android 15.

Menariknya, program ini turut merangkumi lima generasi cip seterusnya, termasuk cip Snapdragon 8 dan siri 7 baharu yang akan dilancarkan lewat tahun ini. Namun, cip terdahulu tidak akan menerima manfaat daripada program ini.

Berkaitan

  • Senarai Telefon Yang Akan Dilengkapi Snapdragon 8 Elite
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • LG Dan Qualcomm Melancarkan Sistem Pengurusan Bateri EV Dikuasakan Snapdragon
  • Siri Galaxy S25 Kini Rasmi - Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999

Sumber: 9to5Google
Gambar utama: Snapdragon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY