Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 8 Elite_

Senarai Telefon Yang Akan Dilengkapi Snapdragon 8 Elite

Diterbitkan Oktober 23, 2024 · Dikemas kini Oktober 23, 2024 oleh Amalina Athman

Dalam acara Snapdragon Summit, Qualcomm memperkenal cip pemproses terbaharu, iaitu  Snapdragon 8 Elite. Ia dikatakan cip mudah alih paling berkuasa dan terpantas di dunia, sekurang-kurangnya pada waktu ini.

Senarai Telefon Yang Akan Dilengkapi Snapdragon 8 Elite

Memandangkan Snapdragon 8 Elite telah pun rasmi, pengeluar Android kini mula mengesahkan antara peranti yang akan menggunakan cip 3nm berkenaan. Berikut merupakan senarai peranti yang diketahui setakat ini.

Siri Xiaomi 15

Xiaomi 15_

Siri Xiaomi 15 akan menjadi yang pertama menggunakan pemproses Snapdragon 8 Elite. Sehingga artikel ini ditulis, Xiaomi belum lagi mendedahkan tarikh rasmi pelancaran di China. Namun, dijangkakan ia akan berlangsung seawal minggu ini.

Siri HONOR Magic 7

honor magic 7_

Siri HONOR Magic 7 yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite telah membuat kemunculan pada acara Snapdragon Summit. Peranti ini akan dilancarkan pada 30 Oktober 2024 di Shenzhen, China.

so proud to bring up our revolutionary all-new Magic! #SnapdragonSummit pic.twitter.com/GkNvrZmiUf

— Dr. Ray Guo (@DrRayGuo) October 21, 2024

iQOO 13

Iqoo 13_

Pada tarikh yang sama, iQOO juga akan melancarkan iQOO 13 bertempat di Shenzhen Bay Sports Center, China. Selain cip Snapdragon 8 Elite, peranti ini disahkan akan dilengkapi paparan 2K 144FPS.

OnePlus 13

OnePlus 13_d

OnePlus turut mengesahkan OnePlus 13 akan dilengkapi Snapdragon 8 Elite. Pelancaran di China akan berlangsung pada 31 Oktober 2024, jam 4.00 petang.

OnePlus 13_b
OnePlus 13_c

realme  GT 7 Pro

realme GT 7 Pro akan dilancarkan di China pada 4 November 2024, jam 2.00 petang.

REALME GT PRO

Sementara di Malaysia, realme telah pun mengesahkan realme GT 7 Pro akan menjadi yang pertama menggunakan Snapdragon 8 Elite. Tiada tarikh spesifik yang dinyatakan, tetapi ia disahkan akan berlangsung pada bulan yang sama.

https://www.facebook.com/realmeMalaysia/posts/pfbid071Vy7cWwZ85v1jWghV4pG83rSYifKcCrMHSuLE6MDAQhncJHQcXL43HGVYTnaFbHl

ASUS ROG Phone 9

ROG Phone 9 announcement for launch date

Bukan perkara mengejutkan, peranti ROG Phone kebiasaannya akan menggunakan cip Snapdragon terkini. Begitu juga siri ROG Phone 9, ASUS mengesahkan peranti dengan janaan cip Snapdragon 8 Elite itu akan dilancarkan secara global pada 19 November 2024, jam 7.00 malam.

ROG Phone 9_Group Photo_03
ROG Phone 9_Group Photo_01

Jenama lain

Antara jenama lain yang telah mengesahkan penggunaan cip Snapdragon 8 Elite termasuk Nubia/REDMAGIC, Samsung, OPPO dan sebagainya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Snapdragon 8 Elite Dilancarkan, Cip Terbaru Kuasakan Android Masa Depan
  • Siri Xiaomi 15 Peranti Pertama Dikuasakan Snapdragon 8 Elite
  • Lebih Banyak Aplikasi Popular Kini Menyokong Penuh PC Yang Dikuasakan Siri Snapdragon X

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY