LG melalui LG Energy Solution Ltd (LGES) yang memfokuskan kepada tenaga boleh diperbaharui telah melancarkan sistem pengurusan bateri (BMS) berasaskan cip pemprosesan (SoC).
Ia bertujuan meningkatkan keselamatan bateri untuk kenderaan elektrik (EV).
LGES bekerjasama dengan Qualcomm Technologies Inc untuk mempercepatkan komersialisasi penyelesaian diagnostik BMS berasaskan SoC.
Perisian BMS ini tersedia pada Snapdragon Digital Chassis Qualcomm, menjadikannya yang pertama menggunakan kuasa pengkomputeran SoC berprestasi tinggi.
Kerjasama ini menghasilkan diagnostik BMS generasi baharu, termasuk integrasi dengan platform perkhidmatan Snapdragon Car-to-Cloud.
Perisian ini menawarkan diagnostik keselamatan yang lebih maju dengan kuasa pemprosesan meningkat lebih 80 kali ganda, pengesanan anomali lebih pantas, dan ramalan jangka hayat bateri yang lebih tepat. LGES kini memfokuskan pada pembangunan untuk komersialisasi teknologi ini.
Langkah ini dilihat sebagai usaha pencegahan daripada berlakunya lagi insiden kebakaran yang melibatkan ratusan EV akibat pemanasan bateri di Korea Selatan yang berlaku pada April 2024 lalu.
{suggest}
Sumber: LG Energy Solution