Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penyelidik Bangunkan “Cat Ajaib” Mampu Sejukkan Bangunan Dan Hasilkan Air Dari Udara

Penyelidik Bangunkan “Cat Ajaib” Mampu Sejukkan Bangunan Dan Hasilkan Air Dari Udara

Diterbitkan Mei 13, 2026 · Dikemas kini Mei 14, 2026 oleh ariff bukhari

Penyelidik Universiti Sydney telah berjaya membangunkan cat inovatif yang bukan sahaja mampu menyejukkan rumah tetapi turut menghasilkan air dari udara – semuanya tanpa penggunaan tenaga.

Teknologi cat ini menggunakan kaedah penyejukan radiatif pasif di mana ia memantulkan sehingga 97% cahaya matahari dan melepaskan haba ke langit, memastikan permukaan sehingga enam darjah lebih sejuk daripada udara sekeliling walaupun di bawah cahaya matahari langsung.

Untuk membawa penemuan dari makmal ini ke bumbung, penyelidik bekerjasama dengan syarikat pemula Dewpoint Innovations untuk membangunkan formulasi cat berasaskan air yang boleh digunakan menggunakan penggelek atau penyembur biasa.

Ujian awal menunjukkan bumbung yang disapu cat ini boleh menjadi sehingga 30°C lebih sejuk berbanding bumbung gelap, sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga penghawa dingin sehingga 34%.

Penyelidik Bangunkan “Cat Ajaib” Mampu Sejukkan Bangunan Dan Hasilkan Air Dari Udara
Profesor Chiara Neto (kiri) dan Dr Ming Chiu memegang salah satu jubin bersalut polimer yang digunakan dalam eksperimen itu.

Selain menyejukkan, permukaan yang lebih dingin mendorong pemeluwapan kelembapan udara, sama seperti terhasilnya titisan air pada gelas sejuk.

“Bayangkan bumbung yang bukan sahaja kekal sejuk tetapi juga menghasilkan air tawar sendiri – itulah janji teknologi ini,” Profesor Chiara Neto.

Di bawah keadaan optimum, permukaan dengan salutan cat itu boleh mengumpul sehingga 390 mL air bagi setiap meter persegi setiap hari – cukup untuk permukaan seluas 12 meter persegi bagi membekalkan keperluan minuman harian seorang.

Air yang terkumpul itu juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti bekalan rumah, pertanian, atau membantu hidupan liar ketika musim kering.

“Ia merupakan penyelesaian bebas tenaga yang boleh diskala yang mengubah bumbung dan infrastruktur terpencil menjadi sumber air bersih yang boleh dipercayai, membantu menangani cabaran mendesak pada zaman kita.” kata Perzaan Mehta, Ketua Pegawai Eksekutif Dewpoint Innovations.

Penyelidik Bangunkan “Cat Ajaib” Mampu Sejukkan Bangunan Dan Hasilkan Air Dari Udara
Eksperimen cat tersebut yang dibuat di atas bumbung Hab Nanosains Sydney.

Teknologi Cat ini dilihat sebagai penyelesaian dua dalam satu iaitu mengurangkan kesan pulau haba bandar dan menyediakan sumber air tambahan.

Ia berpotensi menjadi sebahagian daripada strategi adaptasi iklim masa depan.

Berkaitan

  • Saintis Jepun Dedah Warna Baju Yang Paling Banyak Serap Haba
  • Cat Paling Putih Ini Boleh Pantul Sehingga 98.1% Cahaya Matahari
  • Cat Baharu Nissan Bantu Kekalkan Suhu Sejuk Kereta Di Bawah Panas Terik
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY