Saintis Jepun Dedah Warna Baju Yang Paling Banyak Serap Haba

Bagi mendapatkan lebih banyak data dan memahami hubungan warna baju yang dipakai dalam menyerap jumlah haba, saintis di Jepun menjalankan kajian dengan menjemur baju di bawah sinaran matahari dan menggunakan teknologi infra merah untuk mengimbas tahap haba yang diserap baju-baju tersebut.

Sebanyak 9 warna baju digunakan bagi kajian tersebut iaitu merah, putih, biru, hijau tua, kelabu, hitam, ungu, kuning dan hijau.

Kapsyen: Dalam foto yang disediakan oleh Institut Kajian Alam Sekitar Kebangsaan ini, baju polo dijemur di bawah sinar matahari semasa kajian dijalankan untuk menentukan suhu permukaan yang berbeza bergantung pada warna. Dari kiri, sembilan warna ialah merah, putih, biru, hijau tua, kelabu, hitam, ungu, kuning dan hijau.


Daripada kajian itu, Toshiaki Ichinose, saintis penyelidikan kanan eksekutif di Institut Kebangsaan untuk Kajian Alam Sekitar di Tsukuba, Ibaraki Prefecture mendapati, terdapat warna yang agak hampir menyerap haba yang sama banyak dengan warna hitam.

Dengan mengimbas menggunakan kamera termografik beliau mendapati, warna yang kekal paling sejuk adalah putih, diikuti oleh kuning, kelabu, merah, ungu, biru, hijau, hijau tua, dan hitam.

Permukaan baju putih dan kuning berlegar sekitar 30 darjah Celcius sahaja, tetapi banyak bahagian baju hitam dan hijau tua mencecah 45 darjah Celcius.

Tetapi kajian itu juga menemui keputusan yang tidak dijangka. Cahaya inframerah berhampiran yang di luar jangkauan mata manusia didapati membentuk sebahagian besar tenaga pancaran yang mencapai permukaan Bumi.

Selepas memeriksa cahaya itu, para penyelidik mendapati bahawa bukan hitam tetapi hijau gelap menyerap paling banyak inframerah iaitu pada kadar  87%. Hitam menyerap 86% inframerah dan putih terbukti paling kurang serap, iaitu 63%.

Jadi, warna apa yang patut kita pakai untuk kekal sejuk semasa hari-hari panas? Ichinose mengesyorkan warna putih, kuning, kelabu dan merah dan elakkan daripada memakai baju berwarna hitam, hijau tua, hijau, biru dan ungu.

"Saya ingin orang ramai mengingati hasil kajian kami apabila memikirkan apa yang perlu dipakai apabila berada di luar di bawah matahari yang terik luar, " Toshiaki Ichinose.

{suggest}

Sumber: The Mainichi

Berkaitan