Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maybank Lanjutkan Waktu Operasi Cawangan Untuk Urusan Berkaitan Aplikasi MAE

Penyelenggaraan Sistem Maybank Pada 10 & 17 Mei, Ini Perkhidmatan Yang Terjejas

Diterbitkan Mei 6, 2025 · Dikemas kini Mei 6, 2025 oleh Amalina Athman

Maybank memaklumkan bahawa sejumlah perkhidmatan akan mengalami gangguan buat sementara waktu pada 10 dan 17 Mei 2025 disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan sistem berjadual.

Menurut Maybank, langkah ini dijalankan bagi memastikan semua platform Maybank sentiasa dikemas kini, untuk memberikan pengalaman perbankan yang lebih selamat kepada pengguna.

Antara perkhidmatan yang terjejas termasuk semua perkhidmatan ATM, yang tidak boleh diakses dari jam 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi pada 10 dan 17 Mei 2025.

Selain itu, sejumlah perkhidmatan di laman web Maybank2u, aplikasi MAE serta Maybank2u Biz (web dan aplikasi) turut akan tergendala dan tidak boleh diakses dari jam 3.00 hingga 8.00 pagi, pada tarikh yang sama.

Maybank penyelenggaraan sistem Mei 2025

Gangguan perkhidmatan ini akan berlaku secara berperingkat sepanjang dua hari berkenaan. Bagi mengelakkan sebarang gangguan dalam tempoh tersebut, pengguna disarankan untuk merancang atau menyelesaikan transaksi lebih awal.

Untuk maklumat lanjut atau bantuan, pengguna boleh menghubungi Maybank melalui [email protected] atau di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Maybank Perkenal ‘Mastercard Global Access Debit Card’ – Ketahui Ini Sebelum Mohon
  • Beberapa Perkhidmatan BSN Akan Tergendala Selama 11 Jam Hujung Minggu Ini
  • Maybank Tetapkan Had Transaksi Harian RM200 Untuk Tambah Nilai, Berkuat Kuasa 26 Mei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY