Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maybank: Tambah Nilai, Pembayaran Terus Melebihi RM250 Di Beberapa Platform Tergendala Sementara

Maybank Tetapkan Had Transaksi Harian RM200 Untuk Tambah Nilai, Berkuat Kuasa 26 Mei

Diterbitkan Mei 5, 2025 · Dikemas kini Mei 5, 2025 oleh Amalina Athman

Maybank kini memaklumkan bahawa pihaknya akan melaksanakan had transaksi harian baharu bagi perkhidmatan tambah nilai.

Bermula 26 Mei 2025, had transaksi harian secara default adalah sebanyak RM200 untuk Perkhidmatan Prabayar dan Kredit Permainan. Namun begitu, pengguna boleh meningkatkan had ini sehingga maksimum RM500 melalui laman web Maybank2u.

Maybank Tetapkan Had Transaksi Harian RM200 Untuk Tambah Nilai, Berkuat Kuasa 26 Mei

Sebarang peningkatan had transaksi akan memerlukan pengesahan melalui Secure2u. Setelah had baharu ditetapkan, tempoh bertenang (cooling-off period) selama 12 jam akan dikenakan sebelum had baharu mula berkuat kuasa di aplikasi MAE dan laman web Maybank2u.

Sepanjang tempoh tersebut, pengguna hanya boleh membuat transaksi tambah nilai mengikut had sedia ada. Pengguna akan menerima pemberitahuan melalui e-mel dan notifikasi di aplikasi MAE apabila tempoh bertenang bermula dan tamat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Maybank.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Maybank Beri Amaran, Hati-Hati Jika Terima E-mel Daripada "Pihak Maybank2u"
  • Maybank Perkenal ‘Mastercard Global Access Debit Card’ – Ketahui Ini Sebelum Mohon
  • Pelancong Malaysia Ke Kemboja Kini Boleh Bayar Guna QR Melalui Aplikasi MAE

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY