Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BSN_ featured image

Beberapa Perkhidmatan BSN Akan Tergendala Selama 11 Jam Hujung Minggu Ini

Diterbitkan Mei 5, 2025 oleh Amalina Athman

Bank Simpanan Nasional (BSN) memaklumkan bahawa aktiviti penyelenggaraan berjadual akan dijalankan pada hujung minggu ini.

Sepanjang tempoh tersebut – bermula 11.00 malam, 9 Mei 2025, hingga 10.00 pagi, 10 Mei 2025 – beberapa perkhidmatan akan tergendala buat sementara waktu.

Antara perkhidmatan yang terjejas termasuk pemindahan segera DuitNow, FPX dan JomPay melalui laman web BSN serta aplikasi myBSN Mobile. Transaksi menggunakan kad debit BSN juga tidak dapat dilakukan sepanjang tempoh penyelenggaraan.

BSN 9 Mei 2025_

Menurut BSN, aktiviti penyelenggaraan ini dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan perkhidmatan yang lebih selesa untuk pengguna.

Bagi mengelakkan sebarang gangguan dalam tempoh tersebut, pengguna disarankan untuk merancang atau menyelesaikan urusan perbankan lebih awal.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Maybank Perkenal ‘Mastercard Global Access Debit Card’ – Ketahui Ini Sebelum Mohon
  • Rakyat Malaysia Ke Kemboja Kini Boleh Bayar Guna QR
  • GXBank Hadkan Pengecualian Caj ATM, Tumpu Ganjaran Bayaran QR Mulai Mei Ini

Sumber: Bank Simpanan Nasional

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY