Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ShopeePay apps_1 wisermy

Shopee Lancar Aplikasi ShopeePay – Ini Perlu Diketahui

Diterbitkan Mac 20, 2025 · Dikemas kini Mac 20, 2025 oleh Amalina Athman

Shopee hari ini melancarkan aplikasi berasingan untuk e-dompetnya, ShopeePay. Aplikasi ini boleh dimuat turun di iOS dan Android melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Shopee Lancar Aplikasi ShopeePay – Ini Perlu Diketahui

Berbeza dengan ciri ShopeePay dalam aplikasi Shopee, aplikasi khusus ini berfungsi sebagai dompet digital sepenuhnya, membolehkan pengguna melakukan transaksi tanpa perlu membuka aplikasi Shopee.

Sebagai contoh, pembayaran QR di kedai fizikal boleh dilakukan terus melalui aplikasi ShopeePay, menjadikannya lebih mudah dan pantas untuk kegunaan harian.

Perlu buat akaun baru ke?

Tidak, pengguna boleh log masuk dengan memilih “Continue with Shopee” di aplikasi ShopeePay, jika sudah mempunyai akaun Shopee.

Namun, perlu diingatkan bahawa pemindahan dari akaun ShopeePay tidak boleh dilakukan selama 12 jam selepas log masuk. Ini kerana tempoh bertenang (cooling-off period) akan diaktifkan untuk tujuan keselamatan.

ShopeePay apps

Sebagai alternatif, pengguna boleh memulakan pendaftaran dengan memilih “Sign Up/Log In”.

ShopeePay apps_alternative

Berapa banyak akaun ShopeePay boleh daftar?

Setiap kad pengenalan hanya boleh dipautkan kepada satu akaun Shopee atau satu akaun ShopeePay. Jika telah menggunakan kad pengenalan untuk mendaftar akaun Shopee, pengguna perlu log masuk melalui Shopee dan tidak boleh mencipta akaun ShopeePay baharu menggunakan maklumat yang sama.

Apa ciri yang ada dekat ShopeePay?

Aplikasi ini mengekalkan ciri sedia ada seperti dalam aplikasi Shopee, termasuk pembayaran QR, pemindahan wang, permintaan pembayaran, SPayLater, tambah nilai, pembayaran bil, pembaharuan insurans dan banyak lagi.

Menariknya, seperti di aplikasi MAE dan CIMB Octo, pengguna kini boleh melakukan pembayaran QR dengan lebih pantas dan mudah hanya dengan klik “Scan & Pay”.

Shopee Lancar Aplikasi ShopeePay – Ini Perlu Diketahui

Namun, dari segi fungsi keseluruhan, tidak banyak perubahan berbanding apa yang sudah ditawarkan dalam aplikasi Shopee – sekurang-kurangnya sehingga artikel ini ditulis.

Buat masa ini, masih belum diketahui sama ada pemindahan DuitNow melalui jenis ID, yang telah ditamatkan sejak 19 Mac 2025, akan diperkenalkan semula di aplikasi ShopeePay atau sebaliknya.

Dengan pelancaran aplikasi ShopeePay secara berasingan, tidak mustahil Shopee bakal memperkenalkan lebih banyak ciri baharu untuk bersaing dengan platform e-dompet lain.

Berkaitan

  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • Shopee Kemas Kini Kadar Yuran Komisen Berkuat Kuasa 6 Mac 2025
  • ShopeePay Akan Tamatkan Pemindahan DuitNow Melalui Jenis ID - Ini Anda Perlu Tahu
  • Shopee Perkenal Program Kesetiaan Mengikut Tahap Perbelanjaan, Ini Cara Semak

Sumber: Shopee (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY