Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pay ShopeePay TNG eWallet

Google Pay Kini Sokong TNG eWallet, ShopeePay

Diterbitkan April 22, 2025 ยท Dikemas kini April 22, 2025 oleh Amalina Athman

Google hari ini mengumumkan sokongan ShopeePay dan TNG eWallet dengan Google Pay di Malaysia, menandakan integrasi dompet digital pertama platform pembayaran itu di Asia Tenggara.

Dengan ciri ini, ia membolehkan pengguna Android di Malaysia membuat pembayaran menggunakan dompet digital pilihan ketika berbelanja di laman web mudah alih melalui Google Chrome.

Google Pay Shopee TNG eWallet_2

Bagaimana integrasi ini berfungsi?

Apabila membeli-belah dalam talian melalui kedai terpilih, pengguna boleh memilih butang Google Pay semasa pembayaran atau memilih “eWallet” apabila diminta dalam pelayar Chrome untuk membayar terus dengan ShopeePay atau TNG eWallet – semuanya tanpa perlu bertukar aplikasi.

Image 2_ Google Pay button payment flow
integrasi ShopeePay
Image 1_ E-Wallet payment flow
integrasi TNG eWallet

Dengan integrasi ini juga, pengguna boleh menambah nilai eWallet pilihan secara terus melalui Google Pay, dengan ciri paparan baki akan tersedia tidak lama lagi.

Selain itu, pengguna yang membuat pembayaran kali pertama dengan eWallet pilihan di Google Pay akan diminta untuk pengesahan sekali sahaja bagi meningkatkan keselamatan. Setelah selesai, pengguna boleh membuat pembayaran seterusnya hanya dengan satu klik.

Sebagai langkah keselamatan, semua transaksi yang dibuat dengan Google Pay juga memerlukan pengesahan biometrik atau PIN.

Namun begitu, perlu diketahui bahawa integrasi dengan kedua-dua eWallet ini hanya membolehkan pengguna membuat pembayaran Google Pay untuk transaksi dalam talian, dan bukannya pembayaran di kedai fizikal buat masa ini.

Berkaitan

  • Google Pay Kini Sokong Kad Maybank, Ini Cara Tambah Ke Dalam Peranti
  • Ini Senarai Kad Kredit/Debit Yang Sokong Google Pay Dan Apple Pay Di Malaysia
  • Google Pay Kini Sokong Kad RHB, Ini Cara Tambah Ke Peranti
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY