Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze – KP MKN

Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze – KP MKN

Diterbitkan Oktober 22, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 22, 2026 oleh Amalina Athman

Penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melanggar arahan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze yang berkuat kuasa serta-merta, kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.

Memetik laporan Bernama, beliau berkata pelaksanaan arahan yang dikeluarkan menerusi surat edaran Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar itu dipantau secara rapi pada peringkat kementerian dan agensi oleh ketua jabatan masing-masing.

“Arahan ini terpakai serta-merta, daripada segi pelaksanaan arahan ini, ada caranya, tetapi secara umumnya kita serahkan kepada ketua jabatan masing-masing. Tetapi apa pun, pelanggaran mana-mana arahan oleh KSN, ia membawa implikasi dari sudut tindakan disiplin,” katanya dalam taklimat mengenai isu-isu semasa keselamatan negara di sini hari ini.

Lanjutan itu, beliau menggesa anggota perkhidmatan awam segera menghentikan penggunaan Waze bagi memastikan data pergerakan tidak terus dieksploitasi pihak luar.

Raja Nushirwan berkata kerajaan mengambil pendekatan berfasa berteraskan pendidikan awam, demi mengimbangi antara tuntutan keselamatan data negara dan hak kebebasan memilih rakyat.

Beliau berkata pendekatan itu bertujuan memberi ruang kepada masyarakat memahami risiko keselamatan sebelum membuat keputusan sendiri, tanpa mengenakan sekatan serta-merta terhadap aplikasi berkenaan.

Selain itu, Raja Nushirwan berkata tindakan tergesa-gesa mengharamkan aplikasi berkenaan dikhuatiri memberi isyarat negatif terhadap ekosistem pembangunan aplikasi lain dan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara secara menyeluruh.

“Kita mengambil pendekatan berfasa, ini yang pertama, dan kita akan menilai sejauh mana ia berkesan. Selepas itu, kita akan lihat sama ada tindakan lanjut diperlukan atau sebaliknya. Kalau kita terus mengambil langkah untuk ban Waze, signal yang diberikan dalam konteks pembangunan aplikasi-aplikasi lain dan alat-alat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pun mungkin terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan orang ramai mengambil langkah proaktif menyahpasang Waze dan beralih kepada platform alternatif tempatan seperti Tuju atau PINTAZ.

Semalam, kerajaan memutuskan untuk melarang semua penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi Waze, bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.

Bagaimanapun, larangan tersebut buat masa ini hanya terpakai kepada penjawat awam ketika menjalankan tugas rasmi sahaja. Larangan itu juga tidak melibatkan Google Maps yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksana

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Temui Platform Penstriman, Pastikan Kandungan Hormati Sensitiviti Penonton Tempatan
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
  • Dua Pepijat Kritikal PHP2Shell Boleh Dieksploitasi - NACSA Gesa Organisasi Kemas Kini Segera
  • "Bapa PlayStation" Anggap Bantahan Terhadap Penghentian Cakera Fizikal Mungkin Isu Mentaliti
  • COROS PACE 4 Pro Dengan Bateri Hingga 21 Hari Tiba Di Malaysia Pada Harga RM1,999
  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksana
©2026 WISER.MY